Memaparkan catatan dengan label 100 Perkara Yang Membuatkan Kita Berkata "BENGANG BETUL". Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 100 Perkara Yang Membuatkan Kita Berkata "BENGANG BETUL". Papar semua catatan

#82 – DIGANGGU 'PENJUAL JALANAN'

100 PERKARA YANG MEMBUATKAN KITA BERKATA - “BENGANG BETUL”

#82–DIGANGGU 'PENJUAL JALANAN' SEMASA SEDANG MAKAN DI KEDAI  MAKAN!!!



Pernah kena ganggu dengan penjual jalanan semasa sedang makan kat kedai makan atau di bank semasa kita baru keluarkan duit dari mesin ATM? Alaa…biasanya yang jual buku-buku, kitab-kitab, kadang-kadang tu jual madu, ada pulak tu yang minta derma sekolah pondok sambil jual kismis tu.

Selalunya  dia orang ni datang masa kita tengah nak mengadap rezeki kita. Bukan tak suka, tapi cara dia orang approach tu. Bukan tanak dengar apa yang diaorang nak cakapkan pasal produk yang dijual, tapi ‘timing’ tak betul dan tak kena tempat la bro! Lagi satu yang marah sangat tu pasal kebanyakan benda yang dijual pada masa tu kita belum nak guna lagi. Kalau kita nak,  nanti barulah kita cari sendiri, kan!


‘Kawan’ selalu kena cam ni. Baru je nak suap nasi ke mulut dah datang dah yang jual buku-buku. Satu perkara yang buat ‘kawan’ lemah ialah yang jual kitab-kitab agama. Nak marah pun tak boleh, paling tidak pun biasanya ‘kawan’ sedekah je RM2 tanpa beli apa-apa. Kesian pun ada, yelah diaorang pun cari rezeki juga dan itu juga punca rezeki diaorang. Tak salahkan pun. Itulah kebolehan yang diaorang ada. 

TAPI boleh tak jangan datang bila orang tengah makan??? BENGANG BETUL!!!



Protected by Copyscape Plagiarism Tool

#83 - "MEMUNYA" BARANG ORANG!

100 PERKARA YANG MEMBUATKAN KITA BERKATA - “BENGANG BETUL”

#83–"MEMUNYA" BARANG ORANG!!!


Dulu masa 'kawan' masih belajar (masa tu duduk kat asrama penuh) bukan main suka lagi room mate ni pinjam 'cap' Polo 'kawan'. Punyalah dia melawa sampai dia mengaku kat member-member 'cap' tu dia yang punya! Panassss..betul 'kawan' masa tu. OK lah 'kawan' boleh tahan lagi sebab nak jaga hati member. Tapi bila peralatan mendandan diri macam minyak wangi, minyak rambut, bedak termasuklah pelembab ketiak pun dia pakai kita punya tanpa rasa geli dan bersalah, masa tu juga 'kawan' minta warden tukar dorm lain.

Lepas tu ingatkan masa belajar kat kolej dah tak de jumpa lagi orang macam ni, rupanya ada lagi. Satu bilik lagi. Apalah nasib! Ni lagi teruk, dengan baju-baju 'kawan' termasuklah laptop dia boleh guna sesuka hati. Siap boleh bawa laptop tu masa ’bertenet’ dengan awek dia dan surf  internet sama-sama!! Yang tak bestnya tu boleh ke awek dia kata ”apalah nasib pak we aku dapat room mate ’sengkek’ macam 'kawan'!” . Pergghhh! berdesup panas masuk dalam telinga ’kawan’!!! Siapa yang sengkek woi! Aku ke, pak we kau tu woi!! BENGANG BETUL!!!
Lepas dari hari bersejarah tu, 'kawan' terus putus sahabat!

Itulah dia penangan orang yang suka ’memunya’ barang orang lain. Yang peliknya tu orang macam ni, dia langsung tak de perasaan malu ke, segan ke. Apa dia ingat asal member je semua barang member tu jadi hak milik dia juga!

*Orang macam ni pun ada kat dunia ni, ek!




Protected by Copyscape Plagiarism Tool

#84 – KITA ORDER MAKAN DULU, ORANG LAIN YANG DAPAT!!!

100 PERKARA YANG MEMBUATKAN KITA BERKATA - “BENGANG BETUL”

#84–KITA ORDER MAKAN DULU, ORANG LAIN YANG DAPAT!!!


Pernah makan kat luar? Dalam seminggu berapa kali makan kat luar? Hamboi...hari-hari ke? Makan tengahari aje ke atau sekali dengan makan malam?  Dahsyat tu... ..jangan selalu, sekali-sekali tu ok lah! Buklan apa, sekarang ni zaman bajet!!

Entri kali ni berkisar tentang makan luar. Biasalah kita semua sibuk kerana tuntutan kerja. Yang bujang dan dara memang 'comfirm' dah jadi pelanggan setia restoran atau gerai tertentu! Yang famili pulak, dah biasa dah suami isteri bekerja. So, tentulah cik kak letih sangat, tak sempatlah nak memasak kat rumah, ye tak?  Apa lagi.....kita makan kat luar! 

OK, dah jumpa kedai makan yang menjadi destinasi wajib! Kebetulan tak ramai orang lagi, so orderlah yang sedap-sedap! Pas tu ada pelanggan lain datang, duduk betul-betul sebelah meja! 10 minit dah berlalu, nampak pelayan angkut hidangan satu dulang besar. Huah...hati pun berbunga-bunga tak sabar nak menjamu selera! Tup..tup...dia berhenti kat meja sebelah! Apa ke hey nye? Aku yang order dulu, ko yang dapat pulak! Dah le ko datang lewat dari aku!!! Hati yang berbunga-bunga tadi terbakar  bila tengok menu yang dia dapat sama dengan apa yang kita order!!! BENGANG BETUL!!!

Kat situ jugak pelayan kedai tu kena sembur!!! Hak tetap hak!

*Biasanya kalau 'kawan' yang kena macam ni malas nak cari gaduh walaupun hak kita. Tapi kalau tengah lapar gila, mungkin emosi boleh terganggu jugak , kut!!!



Join segmen :
http://suterakasihyann.blogspot.com



Protected by Copyscape Plagiarism Tool

#85 – TENGAH-TENGAH MASAK GAS PUN HABIS!

100 PERKARA YANG MEMBUATKAN KITA BERKATA - “BENGANG BETUL”

#85–TENGAH 'BERIYA' MASAK, GAS HABIS PULAK!!


Hu hu......memang syahdu betul bila jadi benda ni. Lebih-lebih lagi bila cik kak-cik kak masak special punya untuk abang tersayang yang akan balik dari kerja. Perggghhh.....bayangkanlah dapur tengah kecah ni, buku resipi dah terpalit macam-macam sos, bahan-bahan ramuan semua dah sedia, baru siap 1 hidangan, semangat pun berkobar-kobar demi abang sayang! Tup tup......gas habis!!! Time tu semangatnya pun terus padam kering kontang macam gas masak tu jugak! Macam nak menangis pun ada! Kecewa! Kecewa! Baru je cadang nak surprise kat abang sayang! BENGANG BETUL!

Bukan tak boleh nak ganti gas tu dengan yang baru, tapi apalah daya kudrat cik kak-cik kak yang dah kecewa tu nak mengangkat tong gas! Bagi yang semangat kental mungkin tak de masalah, terusss kasi tukar itu tong gas demi abang sayang!!!

Bagi yang bujang-bujang dan dara-dara yang kaki masak pun boleh bengang apa. Yelah, time nak cepat ada je problem! Bagi yang bukan kaki masak tu pun bengang jugak apa! Walaupun tengah masak maggi mee atau sekadar jerang air, tapi bila perkara ni terjadi, hati tetap panasss..........

*Kalau cik abang ada kat rumah, dialah jadi mangsa kena tukar gas dalam kadar segera! 



Protected by Copyscape Plagiarism Tool

#86 – TEMPUH LAMPU MERAH ‘TRAFFIC LIGHT’ SOKMO!!

100 PERKARA YANG MEMBUATKAN KITA BERKATA - “BENGANG BETUL”

#86–TEMPUH LAMPU MERAH TRAFFIC LIGHT BANYAK KALI!!



Rakan-rakan yang duduk di kawasan luar bandar memang jarang jumpa masalah ni, kut?  Bagi mereka yang duduk bandar dan bandaraya macam ’kawan’ ni jenuhlah mengadap benda ni. Bayangkanlah nak pergi bandar dari rumah je ada 4 lampu trafik, belum pergi tempat kerja lagi! Sebenarnya biasa je masalah ni. Lampu trafik tu ada di mana-mana dan kewujudannya tu memang ada tujuannya iaitu memastikan perjalanan lancar dan mengelakkan kemalangan. OK lah tu!



Yang tak bestnya tu ialah bila kita nak cepat. Masa tu lah dapat lampu merah sokmo. Mula-mula tu boleh sabar lagi. Tapi bila dapat lampu merah pada lampu trafik ke 2,3,4, dan seterusnya......tak bengang ke? Dah tu kita yang paling depan! BENGANG BETUL!!! 
Entah timing yang tak betul ke apa ke, tak taulah!

Yang peliknya pulak tu, bila kita tak ada benda nak dikejar, saja-saja jalan santai tu, tak pulak jumpa situasi ni, kan! Semuanya jalan lancar je......lampu hijau sokmo!

*Ada kaitan antara emosi dengan situasi kat atas ni ke?




Protected by Copyscape Plagiarism Tool

#87 – KENDERAAN DEPAN SLOW MACAM SIPUT!

100 PERKARA YANG MEMBUATKAN KITA BERKATA - “BENGANG BETUL”

#87 –KENDERAAN DEPAN BAWA SLOW MACAM SIPUT!




Siapa yang tak bengang kalau perkara ni jadi pada kita! Sudahlah waktu tu kita nak cepat untuk ke destinasi masing-masing. Tak kira lah dekat atau jauh!  Bertambah-tambah bengang bila kita nak ke tempat kerja waktu pagi. Selamba je dia drive slow  macam siput. Taulah rumah dia kat depan tu aje @ dekat-dekat area tu aje! Apa dia ingat jalan tu dia yang punya ke? Apa dia ingat orang lain pun ada banyak masa macam dia ke?

Kalau yang pandu tu golongan warga emas kita masih boleh faham lah, kan! Esok kita tua juga1 Ni tak, muda belia sihat sejahtera je!!! Saja je bawak slow sebab dia rasa dunia ni dia yang punya! Gerammmmmm.........BENGANG BETUL!!

Pas tu kalau kereta yang dia drive tu kereta dah tahap masuk muzium tu kita memang faham sesangat! Ni tak, kereta macam baru keluar kedai dah tu kereta mahal pulak!! Saja je nak tayang agaknya! Orang lain pun ada kereta jugak!

Yang paling best tu apa? Yang bestnya tu, sudahlah dia bawak slow sampai naik kematu punggung kita follow dari belakang, nak ’potong’ pun tak leh sebab jalan kecil,; tetiba bila sampai tempat yang dia tuju @ sampai simpang rumah dia, boleh sesuka hati dia main belok je tak signal langsung! Pergghhhh....buat hati kita panasss je kan! Macam nak langgar je!
BENGANG BETUL!!

*Cuba teka siapa yang selalu buat macam tu? Lelaki ke perempuan?Hu hu....




Protected by Copyscape Plagiarism Tool

#88 – KERETA KENA ’BLOCK’ SEBAB ORANG "DOUBLE PARKING"

100 PERKARA YANG MEMBUATKAN KITA BERKATA - “BENGANG BETUL”

#88 – KERETA KENA ’BLOCK’ SEBAB ORANG 'DOUBLE PARKING' !


Bab  ni yang malas kita nak ulas, ye tak. Kebanyakan daripada kita semahu boleh nak ’park’ kereta kita kat tempat parking!. Kita tak susah, orang lain pun tak lah sakit hati.  Lagi satu, tak de lah kita kena bayar saman parking! Tapi ada ramai pulak orang kat luar sana tu yang betul-betul mementingkan diri!! Suka hati dia je nak berhenti kat mana, senang hati je parking belakang/tepi kereta kita. Yang kita ni nak keluar parking ada dia fikir? Situasi di bawah ni adalah contoh ’mementingkan diri’ sendiri:

***  Berhentikan kereta betul-betul kat tepi gerai jual kuih/air sebab malas nak turun. Turun cermin tingkap, hulur je tangan, ”Cik, air soya 2 bungkus!”. Kalau naik motor kira OK lagi, munasabah la jugak. Orang lain pun nak beli jugak!

Punyalah pemalas sangat, nak jalan jauh sikit pun tak boleh. Tempat parking pun penuh, so cara paling mudah dan efisien katanya; ahh...parking je tepi/belakang kereta tu, sekejap je ni!! 
Perghhh..... BENGANG BETUL!!!

Tak perasan ke dalam kereta tu ada oang lagi?. Hidup lagi ’driver’ dia. Dibuanya dia pun masa tu nak keluar? Amacam? Taulah tak banyak masa sebab sibuk atau tak ada masa lain lagi tapi tolonglah jangan sakitkan hati orang lain atau menyusahkan orang lain! Janganlah pentingkan diri, nak lepaskan tengkuk sendiri je.

* 'Kawan' pernah juga beberapa kali kena macam ni. Mua-mula tak apa – ’Minda kena positif’!...boleh tunggu sekejap. Tapi kalau dah lebih setengah jam, hati pun panas sudah!!! Selalunya selamba dek je ’kawan’ hon, hon sampai pemilik kereta tu datang. Bila dia dah sampai ’kawan’ hon lagi, hon lagi. Kasi bengang sama dia.



Protected by Copyscape Plagiarism Tool

#89 – WARRRGGGHH!! KAD BANK KENA TELAN!


#89 – WARRRGGGHH!! KAD BANK KENA TELAN!

…..sambungan daripada #90

Sekarang skrin ATM dah dekat depan mata. Sakan sangat sukanya sebab kejap lagi dah boleh enjoy duit BONUS RAYA. Jangan marah orang-orang yang beratur di belakang sana. Sambil menunjukkan kad bank dan melambai-lambaikannya pada orang lain (poyo macam Mr. Bean) Keh3 aku nak keluarkan duit bonus, tengok ni!! (dah start dah ....kita dah rasa riak dah...).

Puh kiri, puh kanan, kita masukkan kad bank dengan rakusnya. Tak sabor2!!!. Kita pun tekanlah punat-punat yang sepatutnya kita rasa suka nak tekan, Lepas tu gelojoh sangat tekan nombor pin. Ahh...comfirm betul punya! Yess...saya pilih RM1500. Kasi keluar habis. ”Saya yakin betul, saya kunci nombor itooo....” Tet! Kita pun tekan punat RM1500. Mesin pun berbunyi seolah-olah sedang mengira duit. Tersengih-sengih lah kita macam kerang busuk kat situ sambil pandang pada semua orang.

Tup! Tup! Duit tak keluar...tapi kad kita yang keluar! Alamak! Ape ke he? Aik? Takkan ATM ni dah abis duit kut. Tak apa, minda kena positif bang! Kita mulakan semula seperti prosedur di atas.

” Puh kiri, puh kanan, kita masukkan kad bank dengan rakusnya. Tak sabor2!!!. Kita pun tekanlah punat-punat yang sepatutnya kita rasa suka nak tekan, Lepas tu gelojoh sangat tekan nombor pin. Ahh...comfirm betul punya! Yess...saya pilih RM1500. Kasi keluar habis. ”Saya yakin betul, saya kunci nombor itooo....” Tet! Kita pun tekan punat RM1500. Mesin pun berbunyi seolah-olah sedang mengira duit. Tersengih-sengih lah kita macam kerang busuk kat situ sambil pandang pada semua orang.”

Jeng, jeng, jeng......kad mantol balik!! Haddoi....dah start bengang ni! Kita dah jadi individu yang membengangkan orang di belakang kita.

Tak apa, minda kena positif kak! Kita mulakan semula seperti prosedur di atas lagi.

” Puh kiri, puh kanan,......................semua orang.”

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Hah....HAPA???????.....duit tak keluar, kad pun tak keluar!!!!!! WARRRRGGGGHHH!!!  Kad kena TELANNN!! BENGANG BETUL!!
%*&##@$bzzzt!.................bzzzzzt..........bbzzzt!!!
 (Fius dah start putus-putus.............sebab bengang sangat!!)


*Macamana kalau jadi lagu ni time2 sibuk nak raya? Adusss....naik seriau dibuatnya! Lagilah kalau kita tengah sengkek betul.
Jangan marah-marah, itulah dugaan bila ada duit banyak. Moralnya kat sini, bacalah bismillah dulu hu..hu...bukannya jampi serapah puh kanan puh kiri!!!
Amacam, BEST? BENGANG BETUL!!



Protected by Copyscape Plagiarism Tool

#90 – TOLONG KELUARKAN DUIT KAWAN-KAWAN!


#90 – TOLONG KELUARKAN DUIT KAWAN-KAWAN!

…..sambungan daripada #91

Apa cerita? OK, kita jangan putus asa! Pergi cari bank lain yang ada tawarkan perkhidmatan BANCARD. Hidup mesti kreatif! Jangan cepat menyerah kalah, ye tak! Kita pun pergilah bank yang dimaksudkan tu. Dah jumpa! Yess, ada 2-3 orang je. Kita pun tunggu kat belakang orang tu. Mesin ATM kat bank ni pulak ada satu je. Tak pe, tunggu......

Tunggu punya tunggu, punya tunggu, kepala sudah panas, hati sudah marah...... apasal mamat kat depan ni tak siap-siap lagi ni? Tak boleh tunggu lagi ni. Tadi tak ada orang lain kat belakang kita, sekarang dah berduyun-duyun pulak. Kita pun ’sound’lah mamat ni,”Bro, ada problem ke? Dah lama sangat dah ni!”.
”Boleh tunggu tak....nampak ni, ada 5 kad bank lagi!!”, dengan nada tanpa belas kasihan, dia ’sound’ kita balik pulak! Perggghhhh!!!!!  Panas! Panas hati kita!!
BENGANG BETUL!!

*Memang banyak kali jadi kes macam ni yang membuatkan hati kita berbulu sangat! (untuk orang yang ada bulu dada laa). Marah tok sah cerita! Apa taknya, janganlah mementingkan diri sendiri! Bukan tak boleh buat macam tu, tapi agak-agak sikit lah. Tengok orang kat belakang kita ramai ke tak ramai. 






Protected by Copyscape Plagiarism Tool

#91 – TIBA GILIRAN KITA, MESIN ATM PUN ’OUT OF SERVICE’


#91 – TIBA GILIRAN KITA, MESIN ATM PUN ’OUT OF SERVICE’

PENGUMUMAN kepada semua kaki tangan kerajaan Malaysia, tak kira Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum....BONUS HARI RAYA dah masyuk!! Alhamdulillah!...rezeki Ramadhan namanya ni! Horay! Jangan gelap mata, sudah lah yek!! Ingat, kena ketepikan sikit bahagian untuk selepas raya nanti!

Okay, punyalah ghairah nak ‘cucuk’ kad hari ni. Tapak tangan kanan pun asyik gatal je dari pagi (itu tanda nak dapat duit!). Memang tau dah mesti ramai orang yang sama macam kita, tapi tetap nak pergi ke bank. Kussssssemangat.....punyalah ramai orang beratur  nak keluarkan duit bonus!  Tak pe, kuatkan semangat, yakin boleh, beratur jelah. Tunggu lama pun tak apalah! Demi duit bonus ku!  Teruk betullah kan...padahal duit gaji bulan lepas ada lagi...padahal esok lusa pun boleh keluarkan duit lagi! Saja je, nak memeriahkan pesta dapat bonus raya tahun ni!

Dah lebih sejam menunggu. Daripada 2 barisan dah jadi 4 barisan. Pulak tu, elok-elok barisan tegak panjang, dah jadi sengot-bengot ’ikut dan’ diaorang je beratur. Lantaklah......yang penting dua biji mata ni dah ada simbol $$. Ka ching2.

Yezzzz!! Akhirnya......setelah lama keras menunggu tiba juga giliran kita!  Yi ha...den kayo2. Fuhh, lama tu beratur panjang nak dapatkan giliran. Ewah, senyum dah lebar sampai ke cuping telinga, muka pun dah merah padam kesukaan yang amat sangat! Sedang elok je hujung kad masuk ke lubang yang sepatutnya dia masuk, jeng, jeng, jeng...........terpampang kat skrin mesin ATM tu ”OUT OF SERVICE” !!!
Aaaaarrrrrrggggghhhhhhhh...........................BENGANG BETUL!!
Apa rasa? BEST? Hu hu...TEN-SI-ON!!!


*Tulah, bawak2 lah bersabar! lagi pun bulan puasa ni. Tunggu lama pun membazir masa je. Tak pe esok lusa ada lagi. Kalau tanak ada orang, pagi-pagi buta subuh gelap boleh pergi ye!



Protected by Copyscape Plagiarism Tool

#92 – TERTINGGAL BEG DUIT


#92 – TERTINGGAL BEG DUIT

Sekali lagi, hari ni nampak macam OK. Macam tak ada masalah #93 - #100. Semua dapat diuruskan dengan lancar dan kreatif!! Hati senang sangat nak ke tempat kerja. Comfirm!!, kita yang paling awal sampai hari ni! Tak syak lagi! Jadi, kita pun pergilah ke tempat kerja.

Bila dah sampai, baru teringat apasal kempis je poket seluar belakang nih (lelaki) / nipis je beg tangan (perempuan). Mana pulak beg duit aku ni? Sah! Tertinggal kat rumah. 

Apa rasa??... BENGANG BETUL!!

*Bab ni yang lemah ni. Kalau yang naik kereta tak tempuh TOL okay lagi. Apa hal yang nak  bayar tol cari punya cari tak jumpa wallet. Tak naya? Yang pergi kerja naik bas cam ne pulak? Naik-naik bas je seluk seluar nak bayar tiket, tak jumpa beg duit! Merah padam muka dibuatnya....




Protected by Copyscape Plagiarism Tool

#93 – TERPAKAI SELIPAR KE TEMPAT KERJA


#93 – TERPAKAI SELIPAR KE TEMPAT KERJA

Perkara ni terjadi bila pagi-pagi dah siap nak pergi kerja. Sarung selipar dulu, buka pintu pagar rumah. Lepas tu, hidupkan dan panaskan  enjin kereta/motor. Bila dah selesai semua, terus masuk kereta/naik motor dan kita pun memulakan perjalanan ke tempat kerja sampaikan terlupa yang disarung di kaki tu ropa-ropanya selipar bukan kasut kerja! 


Sampai kat tempat kerja, baru terperasan pakai selipar aje. 

Haddoi... BENGANG BETUL!!

*Banyak kali juga pernah terjadi pada 'kawan' bila tergesa-gesa nak pergi kerja. Bagus juga bila dah berlaku pada diri sendiri sebab sekarang ni, ada satu kasut spare simpan dalam kereta!





Protected by Copyscape Plagiarism Tool

#94 – ’BLACKOUT’ MASA MANDI PAGI!

100 PERKARA YANG MEMBUATKAN KITA BERKATA - “BENGANG BETUL”

#94 – ’BLACKOUT’ MASA MANDI PAGI!

”Woi...sapa tutup lampu ni? Tengah mandi ni wei!!”

Itulah ayat yang terpacul dari mulut bila lampu tiba-tiba terpadam. Tak sudah-sudah lagi masalah. Bila masanya nak sampai tempat kerja awal ni? (Rujuk perkara #95 hingga #100). Tengah syok membuihkan badan dan mengkocak-kocak air subuh-subuh ni boleh pulak ada orang tutup lampu. Siasat punya siasat, ropa-ropanya ’blackout’. Takut tu tak lah, tapi BENGANG BETUL!!

*Kalau jadi kat rumah OK lagi. ’Kawan’ pernah ada pengalaman terperangkap kat sebuah Shopping Mall. Tengah-tengah melepaskan hajat yang berat dalam toilet disebabkan sakit perut yang teramat sangat, tetiba power supply Shopping Mall tu terputus! Gelap gelita beb! Maka time tu juga boleh dengar macam-macam bunyi merdu dari ’rakan seperjuangan’ di bilik-bilik kiri dan kanan ’kawan’. Nasib baiklah ada ’handphone torchlight’, bolehlah juga nampak samar-sama dan beristinjak!

p/s : Lepas ni ’kawan’ boleh mintak tolong Aaron Brad Pis!




Protected by Copyscape Plagiarism Tool

#95 – RASA NAK ’TERCIRIT’ DI SAAT-SAAT AKHIR NAK PERGI KERJA!


#95 – RASA NAK ’TERCIRIT’ DI SAAT-SAAT AKHIR NAK PERGI KERJA!

Setiap hari kita memang bersemangat nak pergi kerja. Lebih-lebih lagi tak ada masalah seperti pada perkara #96, #97, #98, #99 dan #100. Rasa macam dah siap semua, tinggal nak melangkah keluar dari pintu rumah je. Hampir boleh jadi orang yang pertama tiba ke tempat kerja ni.
Tiba-tiba ada satu macam rasa tak enak dalam perut ni. Ada letusan-letusan kecil dan bergelora dalam perut ni, di susuli letusan-letusan angin yang panas dan besar  keluar dengan haruman kuat yang mampu mencemarkan bumi di waktu pagi!!! Aduhhhhh....sakitnya peruttt!!! "....ini pun ada rasa nak terkucil!!", Sudin kata dalam Bujang Lapok. 

Alamak! Nak terciritlah pulak! BENGANG BETUL!!!

*Memang ramai yang pernah mengalami situasi macam ni, kan! Biasanya bila dah terasa nak terkucil ni, tak payah nak fikir lagi. Terus serang tandas yang dah sedia menunggu kita! Maka tergendalalah semangat yang berkobar-kobar tadi nak ke tempat kerja awal. Lebih baik kasi buang dulu sebelum ’terkebabow’ atas motor/dalam kereta/dalam bas!!!








Protected by Copyscape Plagiarism Tool

#96 - BEKALAN AIR TERPUTUS MASA TENGAH SYOK ’MEMERUT’ WAKTU PAGI


#96 - BEKALAN AIR TERPUTUS MASA TENGAH SYOK ’MEMERUT’ WAKTU PAGI

Ada orang bangun pagi, memang rutin dia ’memerut’ dulu. Ada yang sekejap, ada yang , mak aih sampai 10-15 minit. Yang duduk kat dalam ’bilik termenung’ sampai setengah jam pun ada! Tak apa la, itu masing-masing punya urusan. Tapi memang menyihatkan, sebab sisa saki-baki makanan yang di’reject’ oleh perut keluar – kiranya nyah toksid lah tu.

Okay, yang tak syoknya tu bila tengok baldi kosong je. Pulas punya pulas kepala paip tu tak keluar apa-apa pun! Sah, pagi ni air tak ada – bekalan air putus. Hamik kau!! Urusan sedang berlangsung pulak ni. Macam mana nak ber’istinjak’ ni? Guano ni? Tunggu sampai air ada?
Perghhh....BENGANG BETUL!!!

*Sapa suruh tak simpan air?Buatlah apa-apa yang patut yek!!





Protected by Copyscape Plagiarism Tool

#97 - TUALA TERJATUH DALAM BILIK AIR

100 PERKARA YANG MEMBUATKAN KITA BERKATA -  “BENGANG BETUL”

#97 - TUALA JATUH DALAM BILIK AIR


Mandi pagi memang menyegarkan, menyihatkan dan memberi stamina memulakan hari baru. Ada orang mandi memang betul-betul mandi. Maknanya, cukup sekadar siram badan 2-3 gayung, sabun dan kemudian bilas sampai hilang sabun kat badan. Ada pulak yang mandi koboi, kedekut air macam P.Ramlee, Sudin dan Aziz Satar dalam Bujang Lapok. Ada pulak tu mandi macam nak berperang, gedebas...gedebus...gedebas..gedebus.. ni mandi nak sedapkan badan, air satu kolah pun boleh habis!! Dah tu, buat bising, ’menyumbangkan’ lagu. Punyalah syok dia mandi!

Okay, tu tak ada kaitan dalam perkara ke #97 kali ni. Yang menjadi halnya bila kita tengah mandi, entah atas sebab apa tah, tiba-tiba tuala terjatuh atas lantai bilik air yang penuh dengan air. Kalau belum mandi lagi, okay juga, ini tak! Sudahlah badan basah lencun, tuala pun basah lencun juga! Nak lap badan guna apa? Alas kaki bilik air? Seluar dalam? Issshh...BENGANG BETUL!!!

*Kalau jadi kat rumah sendiri rasa selamat sikit! Boleh juga dengan tak malunya keluar ambil tuala baru kat dalam almari. Apa hal kalau terjadi kat rumah orang yang kita tumpang mandi?atau kat bilik mandi R&R highway?...... : )’




Protected by Copyscape Plagiarism Tool

#98 - UBAT GIGI HABIS!

100 PERKARA YANG MEMBUATKAN KITA BERKATA -  “BENGANG BETUL”

#98 - UBAT GIGI HABIS!

Ni yang haru ni...bila bangun pagi-pagi tengah bersemangat nak memulakan hari baru, urusan di bilik air pulak tergendala! UBAT GIGI DAH HABIS!!!

Malam tadi dah ingat dah nak beli yang baru, tapi biasalah.....manusia memang cepat lupa bila dah berurusan dengan hal lain. Ada tak de, kenalah picit..picit..picit....picit lagi...picit lagi....dan lipat...lipat lagi....picit dan lipat.....sampailah titisan ubat gigi terakhir keluar. Nasiblah, itu pun kalau ada lagi, dibuatnya habis terus...kumurlah banyak-banyak. BENGANG BETUL!!!



*Moralnya di sini, jangan jadi ’kedekut tahi hidung masin’!!! Cukup bulan bila dapat gaji, beli ubat gigi lebih sikit untuk disimpan sebagai stok!




Protected by Copyscape Plagiarism Tool

#99 - TERLEWAT BANGUN PAGI UNTUK BEKERJA DISEBABKAN MALAM TADI ”MALAM JUMAAT”


100 PERKARA YANG MEMBUATKAN KITA BERKATA -  “BENGANG BETUL”

#99 - TERLEWAT BANGUN PAGI UNTUK BEKERJA DISEBABKAN MALAM TADI 
”MALAM JUMAAT”

Ha ha, perkara ni memang dah lumrah bagi pasangan suami isteri.Jangan bohong kata tak pernah terjadi peristiwa lewat ni pada rakan-rakan!! Biasalah kan....alaa apa nak malu, benda HALAL!. Memang penat selepas ”O.T’ malamnya. Cuma yang tak syoknya tu bila terlewat bangun nak bekerja dan part yang paling tak best ialah bila kita terpaksa memikirkan cerita/alasan TERBAIK yang boleh menghalalkan kelewatan kita. Mulalah macam-macam alasan kreatif lagi inovatif direka cipta. Bila dah dapat idea, bolehlah SMS pada rakan pejabat atau direct call BOSS kita – kata yang kita ni terlewat hari ni! 
BENGANG BETUL!!!



5 alasan POPULAR , KREATIF LAGI INOVATIF mengikut kajian ’kawan’ ialah :
1 – Sakit perutc/cirit-birit, malam tadi entah makan apa ntah...bla bla bla....
2 – Minyak kenderaan habis pulak pagi ni. Tak perasanla....kena isi dulu...bla bla bla
3 – Kenderaan tak leh start pagi ni.....cuaca sejuk...bla bla bla
4 – Kena hantar pasangan/suami/isteri ke tempat kerja dulu sebab kenderaan pasangan/suami/isteri rosak
5 – Tak jumpa pulak kunci kenderaan....entah jatuh kat mana tah....tak jumpa la...bla bla
      ATAU yang naik pengangkutan awam kata, bas lambat la...bas rosak....jalan jammed la...bla bla bla.....
6 - ....DAN macam-macam lagi alasan POP KREATIF untuk menyelamatkan ’tengkuk’ kita!!!

*Benda ni pernah juga terjadi pada ’kawan’ tapi pandai-pandai ’cover’. Lagi pun, ’kawan’ tak reti nak mereka-reka alasan yang KEBABOW bagi menghalalkan kelewatan kita dek kerana ’pelayaran hebat’ kita malam tadi! Jadi, kena pandai-pandailah urus masa ye....sebab tak ada istilah ’Bohong Sunat’ dalam Islam...







Protected by Copyscape Plagiarism Tool

100 PERKARA YANG MEMBUATKAN KITA BERKATA - “BENGANG BETUL”

'Kawan' nak beritahu ni.....
dalam hidup kita ni ada banyak perkara yang membuatkan kita akan berkata -  ”BENGANG BETUL!!!" Itupun sejak kita faham macam mana rasanya ’bengang’ tu. Mungkin sejak darjah 1 dah faham apa makna bengang tu bila cikgu asyik suruh berdiri atas kerusi atas kesalahan yang kecik. Jadi, dah ada perasaan ”Bengang betul dengan Cikgu &#@11? tu!”

BENGANG ni satu perasaan yang sukar digambarkan. Bergantung pada tahap penerimaan masing-masing. Kadang-kadang sesuatu perkara tu biasa je pada orang lain, tapi membuatkan kita rasa bengang. Bengang ni tak sama dengan geram, menyampah, meluat, benci, marah dan pelbagai rasa lagi. Yang pastinya, bila rasa bengang, kita akan rasa kurang senang dengan situasi yang sedang kita alami.

’Kawan’ banyak kali mengalami situasi bengang ni. Sama ada dengan diri sendiri, dengan orang lain, dengan kucing , dengan selipar dan dengan macam-macam lagi...! Rakan-rakan macam mana? Comfirm, lagilah banyak!

’Kawan’ suka nak senaraikan perkara-perkara yang memang realiti terjadi pada diri ’kawan’ dan orang lain secara umumnya. Senarai perkara-perkara bengang yang akan ’kawan’ sampaikan kebanyakannya telah ’kawan’ himpunkan daripada ramai orang melalui pergaulan yang luas. Satu aje yang ’kawan’ minta, jangan anggap terlalu serius, ; Just for fun, okay! Hidup kena ceria selalu!!

Untuk permulaan, ’kawan’ himpunkan 100 perkara dulu sebab dalam simpanan ’kawan’ dah ada lebih 500 dan mungkin akan mencecah 1000!

#100 - TERLEWAT BANGUN PAGI UNTUK BEKERJA DISEBABKAN ”TIDUR MATI”

Ini satu perkara yang memang tak dapat dielakkan. Bukan ’tidur ayam’ tau, tapi ’tidur mati’! Dalam satu bulan mesti ada 2-3 hari yang kita terlewat bangun pagi untuk bekerja semata-mata disebabkan ’tidur mati’. Jenis tidur ni boleh didefinasikan sebagai tidur yang amat lena dan panjang, tak sedar apa pun! Syok sangat tidurnya, macam tak leh buka mata! Kalau pagi yang kita terlewat tu hari cuti, best juga, tapi kena hari bekerja. Tak ke haru jadinya!!! Sudahlah tak dengar langsung bunyi alarm berbunyi, subuh pun terlepas – nak subuh gajah pun tak sempat, satu hal pulak nak cari alasan yang kreatif dan inovatif untuk dijawab pada BOSS! BENGANG BETUL!!!

*Untuk para BOSS – Sorry Boss!!! Terima sajalah dengan tenang dan hati yang terbuka kalau ada pekerja yang macam ni. Ala, 2,3 hari dalam sebulan je, okaylah tu, bukannya selalu! Yang penting datang kerja, kan, kan, kan! BOSS pun kadang-kadang terbabas juga...






Protected by Copyscape Plagiarism Tool
Best Blogger TipsBest Blogger Tips Best Blogger Tips