#87 – KENDERAAN DEPAN SLOW MACAM SIPUT!

100 PERKARA YANG MEMBUATKAN KITA BERKATA - “BENGANG BETUL”

#87 –KENDERAAN DEPAN BAWA SLOW MACAM SIPUT!




Siapa yang tak bengang kalau perkara ni jadi pada kita! Sudahlah waktu tu kita nak cepat untuk ke destinasi masing-masing. Tak kira lah dekat atau jauh!  Bertambah-tambah bengang bila kita nak ke tempat kerja waktu pagi. Selamba je dia drive slow  macam siput. Taulah rumah dia kat depan tu aje @ dekat-dekat area tu aje! Apa dia ingat jalan tu dia yang punya ke? Apa dia ingat orang lain pun ada banyak masa macam dia ke?

Kalau yang pandu tu golongan warga emas kita masih boleh faham lah, kan! Esok kita tua juga1 Ni tak, muda belia sihat sejahtera je!!! Saja je bawak slow sebab dia rasa dunia ni dia yang punya! Gerammmmmm.........BENGANG BETUL!!

Pas tu kalau kereta yang dia drive tu kereta dah tahap masuk muzium tu kita memang faham sesangat! Ni tak, kereta macam baru keluar kedai dah tu kereta mahal pulak!! Saja je nak tayang agaknya! Orang lain pun ada kereta jugak!

Yang paling best tu apa? Yang bestnya tu, sudahlah dia bawak slow sampai naik kematu punggung kita follow dari belakang, nak ’potong’ pun tak leh sebab jalan kecil,; tetiba bila sampai tempat yang dia tuju @ sampai simpang rumah dia, boleh sesuka hati dia main belok je tak signal langsung! Pergghhhh....buat hati kita panasss je kan! Macam nak langgar je!
BENGANG BETUL!!

*Cuba teka siapa yang selalu buat macam tu? Lelaki ke perempuan?Hu hu....




Protected by Copyscape Plagiarism Tool

4 orang respon entri ni...:

fiza berkata...

Memang tension klo jumpa driver yg tak reti nak ikut lane. Dah tau slow bawaklah kat lane 1. Selalu gak kena mcm nih.

Lelaki atau pompuan sama jer ☺☺

Pak Pis berkata...

sejujurnya terus terang saye akan mencarut kalo kene camni bang huhuh....

Abg Ijal berkata...

@Pak Pis
Mencarutlah mcm mn pon Pis, bukannya dia dengar! Dia buat dek je kt depan tu!

tunz berkata...

dia bruk dpt leselah tu kot....bwk bersabar je lah jahhh...hahah

Best Blogger TipsBest Blogger Tips Best Blogger Tips