#81 – ORANG YANG TAK TAHU BERTERIMA KASIH!!!

'Kawan' nak beritahu ni.....

Wah, lama betul tak menyambung segmen 100 PERKARA YANG MEMBUATKAN KITA BERKATA - “BENGANG BETUL” ni. Hampir-hampir nak bersawang lagi blog ’kawan’ ni.

Apa boleh buat, hujung-hujung tahun ni cikgu-cikgi memang sibuk apalagi sekarang ni ’kawan’ sedang membantu isteri menguruskan blognya sendiri dan memberi semangat kepada hobinya. Apa pun ’kawan’ tetap akan sambung segmen ni dan ’kawan’ pasti rakan-rakan memang selalu berkunjung ke mari semasa blog ni tak dikemaskini. Terima Kasih rakan-rakan semua!

<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>



#81–ORANG YANG TAK TAHU BERTERIMA KASIH!!!

Ni ’kawan’ nak beritahu ni, memang ramai orang dalam spesis ni kat sekeliling kita. Tak kira di mana kita berada pasti kita jumpa orang macam ni dan tak kira lapisan masyarakat, peringkat umur dan bangsa.

Orang kata lagi tinggi jawatan seseorang tu, semakin rendah moral dan budi bahasanya. Itu ’kawan’ setuju tapi tak semua. Ada juga orang yang berjawatan tinggi, tinggi juga tahap budi bahasanya.

Samalah juga ada orang kata golongan yang tak berpendidikan rendah lebih ramai yang tak berbudi bahasa dan kasar perwatakannya. Itupun ’kawan’ setuju, tapi tak semua. Apa yang ’kawan’ nak tegaskan kat sini ialah orang yang berada dalam spesis ni memang ada dan ramai pulak tu!!! BENGANG BETUL!!!.




Yang menghairankan ’kawan’, susah sangat ke nak ucap terima kasih?. Sungguhpun tak diucap terima kasih pada kita yang membantu ni, senyum pun sudah memadai. Ini tidak, senyum dan ucapan terima kasih tak berlaku sama sekali. Kenapa nak sombong?

Susah ke nak ungkapkan perkataan terima kasih daripada mulut kita? sedangkan ungkapan ”TERIMA KASIH” tu mampu membawa kegembiraan dan perubahan yang besar dalam perhubungan sesama manusia? Dan yang lebih penting ungkapan ”TERIMA KASIH’ tu  tak akan mreendahkan darjat seseorang walau se’milimeter’ pun!

’Kawan’ dah banyak lalui perkara ni. Kebanyakan situasi yang berlaku ialah dengan pemimpin/pentadbir atasan dan rakan-rakan yang ber'gred' lebih tinggi daripada 'kawan'. Setiap kali 'kawan' laksanakan tugas untuk mereka atau hulurkan bantuan, ’kawan’ akan buat sebaik dan secemerlang yang mungkin dan tak mengharapkan ganjaran.

Setidak-tidaknya ucapkanlah TERIMA KASIH atas segala penat lelah kita, tapi kebanyakannya 'kawan' kesal sebab ungkapan TERIMA KASIH  tu pada mereka akan menjatuhkan atau merendahkan status mereka!.......dan yang lebih teruk, dengan sikap tidak berbudi bahasa mereka sebenarnya menjadi senjata untuk membunuh semangat rakan-rakan dalam pasukan untuk bekerja dengan lebih efektif dan harmoni.

Satu perkara yang 'kawan' sangat-sangat tak boleh terima ialah bila berhadapan dengan insan-insan berperawakan warak dan memang warak pun, tapi tak menjaga hubungan sesama manusia. Sudahlah pembawaan dirinya kasar, dalam banyak perkara susah nak ucapkan TERIMA KASIH.

Kenapa mesti begitu? Adakah kerana kita-kita semua di mata mereka tidak kelihatan sewarak dan 'beriman' macam mereka maka selayaknya kita dilayan bukan seperti manusia? MasyaAllah!

Jadi kepada rakan-rakan semua, 'kawan' nak bertanya, siapakah yang akan rugi?


***Disebabkan ’kawan’ dah terlalu kerap berhadapan dengan orang-orang yang tak berbudi bahasa macam ni, ’kawan’ dah jadi ”ALAH BISA, TEGAL BIASA”. Malas dah nak bising-bising.

Cuma ’kawan’ beranggapan bahawa mereka ni samada kebanyakan masanya dikelilingi dengan orang yang sama perangai macam mereka, lahir daripada keluarga yang begitu, egonya terlalu tinggi ataupun memang mulut mereka terlalu berat untuk digerakkan sehingga nak mengungkapkan ucapan ”TERIMA KASIH” itupun menjadi masalah pada mereka. Sebab tu mereka tak boleh berubah sampai bila-bila.

Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya, ’kawan’ tak rugi apa-apa pun bila berhadapan dengan orang-orang yang macam ni.

DENGAN HANYA MENGUCAPKAN ”TERIMA KASIH” ORANG LAIN MAMPU MENILAI
 TINGGI ATAU RENDAH BUDI BAHASA KITA, BANYAK ATAU KURANGNYA IMAN KITA 
DAN SIAPA KAWAN DISEKELILING KITA!!!




Protected by Copyscape Plagiarism Tool
Best Blogger TipsBest Blogger Tips Best Blogger Tips