Memaparkan catatan dengan label Emosiku Ekspresiku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Emosiku Ekspresiku. Papar semua catatan

SEBAK, HIBA DAN PILU

Kawan nak beritahu ni….

‘kawan’ nak bermonolog  :
Sedar tak sedar kita dah pun masuk fasa terakhir menjalani ibadah puasa pada tahun ni. 10 hari terakhir Ramadhan ni pada ‘kawan’ fasa yang mesti diambil atau direbut untuk mendapatkan ganjaran dan pahala yang kita tak akan jumpa pada bulan-bulan yang lain. Pesta Ibadat selama sebulan akan berakhir tak lama lagi, mudah-mudahan panjanglah umur kita – tahun depan bertemu kembali Ramadhan 1433H dan tahun-tahun mendatang. Insya Allah.

Rasa sebak dalam dada bila masuk fasa terakhir ni mengenangkan ibadah-ibadah dan amal kebaikan yang kita buat selama ni terutamanya pada bulan Ramadhan yang mulia ni. Terfikir sejenak dalam benak fikiran ni, adakah Allah akan memberi ganjaran yang kita kejarkan, menambah markah pahala kita atau menaikkan darjah ‘maqom’ kita  atau adakah semua ibadah dan amal kebaikan kita cuma sia-sia belaka dek kerana kecuaian dan kealpaan serta ketidaksempurnaan tertib kita. 


Hanya yang terpilih saja mendapat kemanisan Ramadhan. Hanya yang betul-betul istimewa yang  akan dipertunjukkan pada Malam Lailatul Qadar. Adakah kita golongan yang terpilih dan istimewa tu? Insya Allah dan mudah-mudahan kita semua diberi kelapangan, kesungguhan dan ketekunan serta berupaya merebut semua ganjaran yang dijanjikan pada 10 hari dan malam terakhir tahun ini dengan melakukan sebanyak mungkin kebaikan, amalan dan ibadat yang terpuji dengan sempurna.

Rasa sebak ‘kawan’ bertambah hiba lagi bila akhir-akhir ni Melayu Islam di Malaysia diasak kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah. Semua tu menuntut kebijaksanaan pemimpin dan ulama’ yang memperjuangkan kesucian Islam serta menuntut kefahaman dan keimanan seluruh umat Islam di Malaysia ketika berdepan dengan isu-isu yang tidak menyebelahi kita.  Sama-samalah kita berdoa agar kita masih lagi dapat menikmati keamanan, perpaduan, keadilan dan kemakmuran di tanah air tercinta kita – Malaysia untuk masa yang panjang atau selama-lamanya. Berdoalah kita supaya Islam terus hidup dan subur di Malaysia dan dapat diamalkan dengan tenang dan lancar. Amin.

Selamat Menjalanani Ibadah Puasa Dengan Sempurna,
Salam Ukhuwah,
Salam 1 Malaysia,
Salam Patriotisme,
Salam Paling Maniiiisssssssss……….dari ‘KAWAN



Protected by Copyscape Plagiarism Tool

"AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN!"





Protected by Copyscape Plagiarism Tool

LEGA.....

‘Kawan’ nak beritahu ni…..
‘kawan’ dah KEMBALI!!!. Kembali ke alam nyata, kembali malar segar, kembali bermotivasi, kembali bernafsu di arena maya setelah sekian lama ‘kawan’ terperangkap dalam masa ciptaan sendiri. Mana mungkin masa yang Allah beri selama 24 jam sehari itu tak mencukupi kerana ianya telah dibahagikan dengan sempurna untuk manusia menguruskan dirinya iaitu 8 jam untuk berehat, 8 jam untuk bekerja dan 8 jam untuk beribadat kepadaNya bagi yang patuh setia. Malangnya, ‘kawan’ sendiri yang terbabas menerawang dan merasakan 24 jam itu harus ditambah menjadi 30 jam sehari!!

Alhamdulillah, setelah lama meninggalkan blog kesayangan ‘kawan’ ni, tak pulak nampak sawangnya, tak berlumut dan berdebu, malah semakin segar, sesegar tuan tanahnya!!! Sesungguhnya rasa rindu untuk kembali  memang sentiasa memberontak, namun bila kerja dan kerja dan kerja dan kerja datang ’menggila’, tak menang tangan dibuatnya. ‘Kawan’ ditolak, dihempap, dikambus dan terus hilang dalam nyata. Pelik kan? Orang lain pun sibuk jugak,! Kenapa begitu lama? ‘kawan’ tak reti nak jawab!!!

Terima kasih kepada semua ’follower’ yang tak putus-putus singgah dan pembaca-pembaca tegar blog ‘kawan’  yang mengutus emel mahu ‘kawan’ kembali beraksi.

Maka terlalu banyaklah berita dan acara-acara yang ‘kawan’ terlepas untuk diutarakan sebagai entri-entri ‘kawan’ malah hinggakan peringatan Hari Bapa pun ‘kawan’ tak dapat ucapkan kepada bapa sendiri!

Salam kembali!

Abg Ijal,
Tuan Tanah ”Ini Blog Kawan”
4 Julai 2011
Bersamaan 2 Sya'aban 1432H


AKU PASTI KEMBALI - RATU

APASAL 'MENIKUS' PULAK???

'Kawan' nak beritahu ni.....
kawan tak berapa suka dengan manusia macam tikus ni. Di belakang berdegar-degar mengata, mengutuk dan mencerca. Bila di depan mata boleh senyum melebar, tak cakap sikit pun hal yang dia mengata pasal kita. Pada 'kawan' kalau nak tegur, tegur jelah! Tak payah nak menyampai-nyampai dulu pada orang lain atau buat bising. Guna cara berhemah, jangan jadi tikus.

PROMOSI JOM SENYUM...

'Kawan' nak beritahu ni....
kesibukan yang melampau sedang melanda 'kawan'. apa pun 'kawan' tanak kesibukan tu mengganggu urusan hakiki 'kawan', mengganggu hubungan 'kawan' sekeluarga, antara rakan sekerja dan sesiapa saja.

Almaklumlah bila dah sibuk, mulalah cepat marah. Tak pun, muka mesti tak berapa nak manis. Sebab tu lah dalam apa keadaan pun 'kawan' kena pandai kawal situasi. Macam mana? Senang aje...SENYUM!!! Jom Senyum!



DAPAT AWARD LAGI....

'Kawan' nak beritahu ni.....
itu hari rasa macam dah relaks....banyak waktu senggang dapat update hari-hari. Tup tup dapat artwork job buat company handbook setebal 200 m.s. daripada Kimberly Clark International. So, dah miss banyak hari untuk jenguk blog sendiri.

Memang kerja bertambah tapi tetap seronok sebab ganjarannya lebih 2K! untuk satu buku bersaiz A5, apalagi bila orang dah suka dengan hasil kerja kita, semangat yang ada tu memuncak-memuncak! Apa pun  terima kasih kepada En. Hazril dan En. Rizashah yang rekomen artwork 'kawan' pada Kimberly Clark International. Rezeki tu namanya....Alhamdulillah!

Kerana bakat yang ada ni Allah kurniakan pada 'kawan' kepadaNya juga 'kawan' kembalikan rasa kesyukuran. Petang ni 14-4-2011 'kawan' ada presentation dengan delegasi Kimberly Clark daripada USA dan Korea Selatan berkaitan artwork tu....gementar, risau, seronok, macam-macam rasa ada!

Ni yang tambah seronok bila sesekali update, dapat award lagi!

KAWAN DAPAT AWARD RAKAN-RAKAN

'Kawan' nak beritahu ni.....
pagi ni rasa seronok sebab masa nak update, sekali lagi dapat kejutan. 'Kawan' dapat award dalam blog POLKA.espadrilla. (tuan tanah dia nama Qish) sebab 'kawan' jadi follower yang ke 300. 'Kawan' pun tak perasan tapi sebenarnya dah follow 'informally' lama dah blog Qish ni. Seronok baca entri dia.

Tengok kat muka penuh :Mr. 300 Follower :)

INI BLOG KAWAN - 7 BLOG CONTOH


‘Kawan’ nak beritahu ni…..
tengah ‘kawan’ sibuk up-date blog ni, ‘kawan’ tengok ada sesuatu yang mengujakan. Apa taknya, blog ‘kawan’ ni menjadi pilihan blogger Zippo sebagai antara 7 Blog Contoh dan dapat kredit lagi dalam entri "Bloggers Ini Paling Sharing Is Caring (Patut Dicontohi)". ‘Kawan’ pun tak sangka, ini satu penghargaan pada ‘kawan’. Terima kasih Zippo!


Ini dia komen tentang blog ‘kawan’:

Tengok kat muka penuh : 7 BLOG CONTOH dan BLOGGERS PALING 'SHARING IS CARING'

ARIGATO THANK YOU - SLANK

BIARKAN LUNCAI TERJUN DENGAN LABUNYA....


‘Kawan’ nak beritahu ni…..
2-3 hari ni ‘kawan’ bertugas di luar kawasan, memantau organisasi lain. Tu yang tak sempat-sempat nak masukkan entri baru. Dari pagi sampai petang. Lepas tu kena siapkan laporan pulak. ’Kawan’ kena pantau apa yang dalam bidang ’kawan’ dan bantu organisasi yang ’kawan’ lawati.

Tujuan ’kawan’ adalah untuk mambantu, bukan nak cari salah silap dan menghebohkan cacat cela. Buat apa ’kawan’ nak buat macam tu? ’Kawan’ pun ada prinsip sendiri: ”What you give you will get back!”.

Kalau benda baik yang kita beri , maka perkara baiklah yang kita dapat balik. Malah berlebih-lebih lagi. Sebab tu dalam Islam konsep bersedekah amat-amat digalakkan dan dijadikan amalan.

KENAPA TENSION?

'Kawan' nak beritahu ni....
yang 'kawan' tengah boring habis minggu ni sebab banyak sangat 'job' sampai tertangguh dan bertindih! Biasanya cara lain 'kawan' release tension ialah dengan cari & layan lawak jenaka melalui pembacaan atau tontonan. Ni ada video lawak yang 'kawan' rekomen pada rakan-rakan. Kira lawak jugaklah. Bukan apa, si Johan tu boleh pegi jauh lagi dalam bidang per'lawak'an ni. Layan...







Tension Lagi?
'Kawan' dah OK dah ni....
'Kawan' pernah tengok lawak ni dalam drama Chapalrella kat Astro Warna. Lawak betul sampai sanggup cari balik dia punya sedutan dari Youtube. Ada pulak tu! so nilah yang 'kawan' nak share ni!

LAGU TENSION OLEH ADAM

Best Blogger TipsBest Blogger Tips Best Blogger Tips