SEBAK, HIBA DAN PILU

Kawan nak beritahu ni….

‘kawan’ nak bermonolog  :
Sedar tak sedar kita dah pun masuk fasa terakhir menjalani ibadah puasa pada tahun ni. 10 hari terakhir Ramadhan ni pada ‘kawan’ fasa yang mesti diambil atau direbut untuk mendapatkan ganjaran dan pahala yang kita tak akan jumpa pada bulan-bulan yang lain. Pesta Ibadat selama sebulan akan berakhir tak lama lagi, mudah-mudahan panjanglah umur kita – tahun depan bertemu kembali Ramadhan 1433H dan tahun-tahun mendatang. Insya Allah.

Rasa sebak dalam dada bila masuk fasa terakhir ni mengenangkan ibadah-ibadah dan amal kebaikan yang kita buat selama ni terutamanya pada bulan Ramadhan yang mulia ni. Terfikir sejenak dalam benak fikiran ni, adakah Allah akan memberi ganjaran yang kita kejarkan, menambah markah pahala kita atau menaikkan darjah ‘maqom’ kita  atau adakah semua ibadah dan amal kebaikan kita cuma sia-sia belaka dek kerana kecuaian dan kealpaan serta ketidaksempurnaan tertib kita. 


Hanya yang terpilih saja mendapat kemanisan Ramadhan. Hanya yang betul-betul istimewa yang  akan dipertunjukkan pada Malam Lailatul Qadar. Adakah kita golongan yang terpilih dan istimewa tu? Insya Allah dan mudah-mudahan kita semua diberi kelapangan, kesungguhan dan ketekunan serta berupaya merebut semua ganjaran yang dijanjikan pada 10 hari dan malam terakhir tahun ini dengan melakukan sebanyak mungkin kebaikan, amalan dan ibadat yang terpuji dengan sempurna.

Rasa sebak ‘kawan’ bertambah hiba lagi bila akhir-akhir ni Melayu Islam di Malaysia diasak kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah. Semua tu menuntut kebijaksanaan pemimpin dan ulama’ yang memperjuangkan kesucian Islam serta menuntut kefahaman dan keimanan seluruh umat Islam di Malaysia ketika berdepan dengan isu-isu yang tidak menyebelahi kita.  Sama-samalah kita berdoa agar kita masih lagi dapat menikmati keamanan, perpaduan, keadilan dan kemakmuran di tanah air tercinta kita – Malaysia untuk masa yang panjang atau selama-lamanya. Berdoalah kita supaya Islam terus hidup dan subur di Malaysia dan dapat diamalkan dengan tenang dan lancar. Amin.

Selamat Menjalanani Ibadah Puasa Dengan Sempurna,
Salam Ukhuwah,
Salam 1 Malaysia,
Salam Patriotisme,
Salam Paling Maniiiisssssssss……….dari ‘KAWAN



Protected by Copyscape Plagiarism Tool

2 orang respon entri ni...:

tunz berkata...

semoga kita mendapat berkat di Ramadhan kali ini.mohon kita jua akan ketemu Ramdhan yg seterusnya untk terus mengabdikan diri padaNYA.harapan agar kita bersama ummah Islam mengukuhkan keislaman kita dlm ertikata yg sebenar...insyaallah....
p/s selamat hari raya...

AZLITA AZIZ berkata...

Semoga kita sama2 mendapat keberkatan bulan Ramadhan yg mulia

SELAMAT HARI RAYA
Maaf Zahir dan Batin

Dari
Azlita
Masam Manis

Best Blogger TipsBest Blogger Tips Best Blogger Tips