Memaparkan catatan dengan label Ilmu Pengetahuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ilmu Pengetahuan. Papar semua catatan

TAHAP-TAHAP KEPIMPINAN

'Kawan' nak beritahu ni.....
bahawa dimanapun kita berada, pemimpin dan kepemimpinan pasti ada. Di tempat kerja kita ada majikan, dalam masyarakat kita ada pemimpin rakyat, dalam keluarga kita ada ayah sebagai ketua keluarga dan dalam diri sendiri ada kita, dimana kita adalah pemimpin bagi diri kita sendiri. 

Tentu saja kalau 'kawan' membincangkan tentang kepemimpinan sudah tentu tidak dapat diabaikan ialah tentang pengikut atau ada mereka-mereka yang mahu mengikuti si pemimpin. Tentu ada agenda, motif atau tujuan yang hendak dikejar/dicapai, ada urusan kerja yang ingin diselesaikan. Tapi tahukah rakan-rakan bahawa kepemimpinan itu mempunyai tahap-tahapnya yang perlu kita ketahui. Setidak-tidaknya ada 5 tahap dalam kepemimpinan:




SEBELUM APA-APA

'Kawan' nak beritahu ni....
Allah bersifat maha sempurna dan segala kejadian ciptaanNya adalah sempurna.
Sekiranya sesuatu ciptaanNya itu mempunyai kelebihan maka ada juga kekurangan yang mengiringinya. 
Semua itu bersifat alamiah kerana pastinya bagi mengimbangi antara satu sama lain. Justeru sebab itulah segala kejadian ada pasangannya. Indah dan teratur sekali sistem ini bagi mereka yang mahu berfikir. 
Sebab itulah diciptakan lelaki itu pasangannya perempuan, bulan itu pasangannya matahari, sakit pasangannya nikmat, jahat pasangannya baik, panas pasangannya sejuk serta banyak lagi untuk kita renungkan.

Apa yang manusia perlu lakukan hanyalah beriman kepadaNya. Otak juga diciptakan mempunyai 2 bahagian yang menjalankan fungsi masing-masing dan saling melengkapi antara satu sama lain sebagaimana keseluruhan anggota tubuh badan kita ada pasangannya. Jadi, gunakanlah kesempurnaan otak kita yang Allah ciptakan untuk memilih jalan dan peraturan yang betul berdasarkan pertimbangan-pertimbangan wajar.

Sekiranya hari ini kita sihat, senang dan riang maka jangan dihina orang lain yang belum bernasib baik seperti kita. Sesungguhnya senang, sihat dan riang itu pula ujian paling besar bagi untuk menguji diri kita sama ada kita akan menjadi manusia yang bersyukur atau pun takabur dengan nikmat yang diberikan.

Sekiranya hari ini kita sakit, susah dan duka, maka jangan pula kita mengeluh dan pra sangka terhadap Allah. Sesungguhnya Allah telah menentukan perkara yang terbaik bagi diri kita pada masa akan datang sekiranya kita mampu menghadapi ujian daripadaNya. Bukankah ujian itu nikmat?

Renung-renungkan.....




Protected by Copyscape Plagiarism Tool

YUKLAH POCO-POCOAN.....UDAH DI IJINKAN KOK!!

‘Kawan’ nak beritahu ni…..
dalam entri yang lepas YUK POCO-POCOAN…ENGGAK MAU AH!, kawan ada nyatakan yang ’kawan’ masih menunggu fatwa kebangsaan tentang perkara pengharaman tarian poco-poco tu. 2-3 hari lepas akhirnya ’kawan’ dapat jawapan.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Abdul Shukor Hussin; dalam Muzakaran Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 20 hingga 22 April 2011 lepas membuat penetapan tak menghalang aktiviti tarian poco-poco tu selagi tak melanggar garis panduan yang ditetapkan.
Contohnya:

MOHD. NASIB BIN UNTONG

'Kawan' nak beritahu ni.....
nama memang melambangkan pemilik nama itu sendiri. Apa ada pada nama? Memang macam-macam ada! Daripada nama boleh menceritakan keperibadian seseorang. Betul ke? "Kawan' tak pasti. 

Jarang-jarang pemilik nama yang baik-baik membawa keperibadian yang baik. 
Kadang-kadang nama pemiliknya tak berapa sedap didengar atau tak ada makna dalam Islam tapi keperibadiannya sangat tinggi. Setuju? Nama juga menunjukkan darjat dan latar belakang sejarah berbeza. 

Hari ni 'kawan' baca dalam akhbar, Bekas Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Datuk Ismail Ali berpesan, nama-nama seperti Muhammad, Abdullah dan Fatimah supaya jangan di panggil dengan panggilan "Mamat", "Dolloh" atau "Timoh". Sepatutnya nama-nama tu disebut dengan panggilan yang betul dan tepat, sesuai dengan latar belakang para nabi serta tokoh-tokoh Islam yang berperibadi mulia.

TELUR SAYA ORI, TELUR AWAK PALSU.....

'Kawan' nak beritahu ni.....
betapa bertuahnya kita hidup dalam zaman moden dan penuh dengan kecanggihan teknologi ni. Kemahiran dan pengetahuan sains banyak membantu memudahkan kehidupan seharian manusia. Sains juga boleh dimanipulasi dan dieksploitasi mengikut kepentingan dan selera serakah masing-masing.

Sains memang diakui membawa kebaikan tetapi sains juga banyak digunakan ke arah kejahatan di tangan-tangan mereka yang tak berperikemanusiaan dan tak bertanggungjawab.

”Kawan’ ada terbaca artikel terus dari China yang mendakwa ada sekolah yang mengajar buat telur palsu. Negara China memang terkenal pun dengan produk-produk palsu ni. ’Kawan' ingat benda ni tak de lah parah sangat sampai nak dikomersilkan.

JANGAN MAIN-MAIN! KEDUT PUN ADA MAKNA TAU...

‘Kawan’ nak beritahu ni…..
Ada satu kali tu ‘kawan’ bermesyuarat kebetulan terjumpa rakan lama ‘kawan’. Dia ni seorang ‘pemerhati’ dan memang suka sangat memerhati orang lain secara terperinci. “Bro, kau ni dari dulu sampai sekarang, macam tu lah muka kau – muda remaja je!”, bersungguh dia memuji ‘kawan’ (dalam hati ‘kawan’ entah ye entah tak dia ni memuji) .

“Aku ni ko tengok, dah berkedut sana sini. Kat dahi ni toksah cerita laa. Nak kata banyak berfikir, tak jugak. Nak kata kulit aku mudah menggelebeh pun tak jugak. Perut pun dah boroi!! Ko ni maintain je!”, dia mengeluh. ‘Kawan’ layan je. “Ko ni ada rahsia petua-petui nenek moyang ke hapa? Pass la kat aku”, kata dia.

MAGIKA NUMERASI

‘Kawan’ nak beritahu ni…..
semalam masa kemas-kemas perpustakaan mini kat rumah, ’kawan’ dipertemukan kembali dengan satu buku matematik bertajuk ”The Beauty of  Mathematic”.

Buku tu dah tersimpan lebih 20 tahun. Seingatnya, masa tu ’kawan’ baru darjah 6. Biasalah zaman dulu memang rajin orang jual buku datang sekolah buat pameran buku. Kadang-kadang sebulan sampai 4 kali. Yang bestnya pulak cikgu bagi kebenaran pergi pameran buku tu sampai 2 jam lamanya. Suka betul...(bagi yang suka membaca dan ada duitlah)


Jadi, ’kawan’ pun belek-belek semula buku ni, barulah ’kawan’ sedar memang berbaloi ’kawan’ beli buku ni dulu. Masa tu harga dia baru RM3. Kandungannya pulak sarat dengan permainan nombor dan ’magika’ nombor yang cukup mempesonakan! Salah satunya ni ha ’kawan’ ada sertakan sekali. Jenuh juga nak menyalin semula!!!
Teruskan...

MANUSIA DILAHIRKAN PELUPA???

'Kawan' nak beritahu ni.....
yang manusia ni memang pelupa. Betul ke? Betul atau tak, 'kawan' tak boleh nak komen lebih-lebih. setahu 'kawan' manusia itu adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah. Kalau macam tu, dah tentu yang terbaik ada pada manusia. Apa beza haiwan dengan manusia? Otaknya....!


Jadi, sebenarnya manusia sendirilah penyebab diri dia jadi pelupa!. Tapi tak apa sebab ada tips yang 'kawan' nak kongsi untuk mencegah kita cepat lupa!!

Di bawah ni 'kawan' ada senaraikan sebab-musabab manusia hilang ingatan ataupun lebih sopan, tumpul minda!

ESOK, LUSA, TULAT, TUBING?

'Kawan' nak beritahu ni.....
baru-baru ni anak 'kawan' ada bertanya tentang istilah dalam dunia Melayu kita.


Esok, lusa, tulat, tubing...pas tu apa lagi abah? Tanya Aiman.
Pening juga memikirkan istilah yang diwujudkan oleh nenek moyang kita dolu-dolu.
Lepas tubing apa lagi? Ada sesiapa yang tahu? Menarik juga untuk dijadikan rujukan.
Best Blogger TipsBest Blogger Tips Best Blogger Tips