YUKLAH POCO-POCOAN.....UDAH DI IJINKAN KOK!!

‘Kawan’ nak beritahu ni…..
dalam entri yang lepas YUK POCO-POCOAN…ENGGAK MAU AH!, kawan ada nyatakan yang ’kawan’ masih menunggu fatwa kebangsaan tentang perkara pengharaman tarian poco-poco tu. 2-3 hari lepas akhirnya ’kawan’ dapat jawapan.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Abdul Shukor Hussin; dalam Muzakaran Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 20 hingga 22 April 2011 lepas membuat penetapan tak menghalang aktiviti tarian poco-poco tu selagi tak melanggar garis panduan yang ditetapkan.
Contohnya:
1. Jaga dan kawal pergaulan antara lelaki dan perempuan
2. Jaga etika berpakaian
3. Tak berbentuk pemujaan atau ritual atau ibadat orang bukan Islam

Maknanya, rakyat Malaysia boleh teruskan aktiviti tarian poco-poco tu. Alasan lain penetapan tersebut juga antara lain bersandarkan pada pandangan ramai yang menyatakan ia baik untuk kesihatan.

Penetapan tersebut bukan kata putus akhir sebab JK Fatwa Kebangsaan masih jalankan kajian terhadap tarian poco-poco sebelum keputusan lanjut diambil.

Katanya, dah ada Garis Panduan Amalan Kebatinan Dalam Persembahan Kesenian Tradisional Masyarakat Melayu pada tahun 2007 yang boleh dijadikan rujukan.

Fatwa pengharaman tarian poco-poco di Perak kekal!

Perkara lain yang dibincangkan dalam muzakarah tu ialah tentang penggunaan vaksin Meningitis Mencevax yang digunakan untuk para jemaah haji ditetapkan sebagai harus dan dibenarkan atas alasan vaksin tersebut dah lama digunakan di Malaysia.

Untuk rekod, ’kawan’ ingatkan bahawa satu ketika dulu vaksin yang digunakan untuk pelalian para jemaah haji heboh sekejap selepas ada keraguan vaksin Meningitis Mencevax tu mengandungi bahan enzim babi. ’Kawan’ link kan terus kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan berkaitan hal ni untuk pengetahuan rakan-rakan dan kelegaan umat Islam semua.
FATWA PENGGUNAAN VAKSIN MENINGITIS MENCEVAX

Pesanan Penaja:
'Kawan' masih tetap dengan pendirian 'kawan', sama dalam entri yang pertama dulu iaitu : 

(Cuma 'kawan' rasa, ada baiknya tarian ni untuk senaman dan aktiviti keluarkan peluh. Apa yang perlu dibuat ialah, tukar namanya. Jangan sebut Tarian Poco-Poco! Bubuhlah nama yang sesuai dan pakar-pakar senaman tolonglah ubah gerak tari dia ke arah yang sesuai dengan gerakan senaman rekreasi dan kesantunan orang Malaysia dan bebas dari larangan Islam! So, hilang kisah kita ikut benda yang haram! Yang kita asyik nak tiru orang dan main ikut aje kenapa? Orang Malaysia ni dah kurang sangat idea ke?.....Kenapa kita asyik nak terima aje daripada orang? Sudahlah orang 'seberang' sana kata kita ni MALING [pencuri] !!!  Fikir-fikir dan renung-renungkanlah!)

LAGU POCO-POCO

4 orang respon entri ni...:

Cikgu Idris berkata...

Macam2 "brand" senaman skang ni..eloklah dielakkan yang menjadi pertikaian antara ulama'.

Abg Ijal berkata...

Itulah yang 'kawan' pelik tu...benda2 yg kontroversi tulah yg kita nak juga, nk juga buat. Kena ubah mind-set! "Kurangkan kontroversi, tingkatkan kreativiti dan prestasi!!!"

Al-Wardah berkata...

byk lg senaman lain yg blh dibuat...

Abg Ijal berkata...

Betul tu....!!!

Best Blogger TipsBest Blogger Tips Best Blogger Tips