Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan

NEGARA PALING AMAN DI DUNIA

'Kawan' nak beritahu ni....
infografik di bawah 'kawan' sediakan untuk menunjukkan laporan Indeks Keamanan Global atau Global Peace Index (GPI) yang di keluarkan oleh Institut Ekonomi dan Keamanan, Amerika Syarikat.



Kajian dijalankan terhadap 153 buah negara. diseluruh dunia dan di antara indikator yang digunapakai untuk mengukur tahap keamanann sesebuah negara adalah:
  • Kestabilan politik
  • Keyakinan dan pertambahan pelaburan luar
  • Hubungan baik dengan negara-negara jiran
  • Jumlah keseluruhan banduan yang dipenjarakan
  • Keterlibatan secara langsung dalam perang dalaman dan luar serta jumlah kematian dalam perang
  • Tahap menghormati undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia 
3 Tempat teratas negara paling aman di dunia :
1. ICELAND
2. NEW ZEALAND
3. JEPUN

Kedudukan negara-negara jiran kita :
SINGAPURA - 24
VIETNAM - 30
LAOS - 32
INDONESIA - 68
THAILAND - 107
MYANMAR - 133

Kedudukan negara-negara lain :
AMERIKA SYARIKAT - 82
RUSIA - 147
ISRAEL - 145
CHINA - 80
INDIA - 135
ARAB SAUDI - 33
SOMALIA - 153 (terakhir dalam senarai)

PESANAN PENAJA : 
Terbukti negara kita MALAYSIA aman dan makmur. Apalagi yang perlu dipertikaikan? Bersyukurlah wahai seluruh rakyat Malaysia. Usah dimusnahkan negara yang bertuah ni!
DI MANA BUMI DIPIJAK, DI SITULAH LANGIT DIJUNJUNG!!!


*Ralat pada infografik : 
Negara paling aman di dunia 2011, BUKAN 2010. Harap maaf!


Protected by Copyscape Plagiarism Tool

FAKTA MENGERIKAN

'Kawan' nak beritahu ni.....
yang kawan ada menyediakan infografik di bawah untuk renungan bersama.
Pertama, fakta yang membabitkan Amerika di bawah memberi gambaran betapa bebasnya negara tersebut seperti cerita-cerita koboi mereka! 

Kedua, fakta di Malaysia yang menunjukkan pecahan pemilikan senapang mengikut kaum memberi gambaran jelas tentang bahayanya jika berlaku pergaduhan antara kaum dan yang lebih teruk bila emosi mendahului rasional!

Fikir-fikirkan!





Protected by Copyscape Plagiarism Tool

JAMBATAN TERPANJANG DI DUNIA MILIK NEGARA CHINA

'Kawan' nak beritahu ni.....
awal Julai 2011 yang lalu, satu lagi rekod dunia di catat dalam Guinness World Book of Record - Jambatan di atas air terpanjang di dunia. Hebat!



Pesanan Penaja :
1. Satu lagi pencapaian hebat oleh manusia - membuktikan dengan keazaman dan berbekalkan sumber yang ada, imaginasi boleh menjadi realiti.

2. Satu lagi amaran dan petanda akhir zaman!




Protected by Copyscape Plagiarism Tool

24 JAM BAHAGI 3 = 8 JAM

'Kawan' nak beritahu ni.....
apa sigknifikannya tajuk entri 'kawan' kali ni. Sebelum tu 'kawan' nak ucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua! Hari ni 1 Mei 2011 merupakan Hari Pekerja. Hari yang mengiktiraf sumbangan pekerja dengan diberi cuti istimewa satu hari.

Hari Pekerja pada 1 Mei ni sebenarnya ada kaitan dengan gerakan menuntut waktu bekerja selama lapan jam sehari. Pergerakan para pekerja ni diasaskan di Barat pada abad ke-19 dulu dengan misinya menuntut jumlah masa bekerja selama 8 jam sehari.

YUKLAH POCO-POCOAN.....UDAH DI IJINKAN KOK!!

‘Kawan’ nak beritahu ni…..
dalam entri yang lepas YUK POCO-POCOAN…ENGGAK MAU AH!, kawan ada nyatakan yang ’kawan’ masih menunggu fatwa kebangsaan tentang perkara pengharaman tarian poco-poco tu. 2-3 hari lepas akhirnya ’kawan’ dapat jawapan.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Abdul Shukor Hussin; dalam Muzakaran Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 20 hingga 22 April 2011 lepas membuat penetapan tak menghalang aktiviti tarian poco-poco tu selagi tak melanggar garis panduan yang ditetapkan.
Contohnya:

TOP 5 HAIWAN YANG PALING BANYAK DI MAKAN OLEH MANUSIA DI SELURUH DUNIA.....

'Kawan' nak beritahu ni.....
kawan masih sibuk sesibuk seminggu lepas, tapi yang peliknya makin sibuk, makin banyak makan. Baguslah, 'kawan' risau jugak kalau makin sibuk, makin tak ada selera makan - bahaya tu. Itu hari sempat jugak timbang berat, manalah tahu dah turun 1 kilo ke, setengah kilo ke, tapi rupa-rupanya makin naik berat badan 'kawan'!! Sekarang ni dah 70 kilogram - satu tahap berat yang memang 'kawan' nak capai. Bukan apa, supaya sama dengan paras ketinggian 'kawan' - 172 cm. barulah dapat BMI atau Indeks Jisim Badan yang unggul. Alhamdulillah, tercapai juga!

MOHD. NASIB BIN UNTONG

'Kawan' nak beritahu ni.....
nama memang melambangkan pemilik nama itu sendiri. Apa ada pada nama? Memang macam-macam ada! Daripada nama boleh menceritakan keperibadian seseorang. Betul ke? "Kawan' tak pasti. 

Jarang-jarang pemilik nama yang baik-baik membawa keperibadian yang baik. 
Kadang-kadang nama pemiliknya tak berapa sedap didengar atau tak ada makna dalam Islam tapi keperibadiannya sangat tinggi. Setuju? Nama juga menunjukkan darjat dan latar belakang sejarah berbeza. 

Hari ni 'kawan' baca dalam akhbar, Bekas Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Datuk Ismail Ali berpesan, nama-nama seperti Muhammad, Abdullah dan Fatimah supaya jangan di panggil dengan panggilan "Mamat", "Dolloh" atau "Timoh". Sepatutnya nama-nama tu disebut dengan panggilan yang betul dan tepat, sesuai dengan latar belakang para nabi serta tokoh-tokoh Islam yang berperibadi mulia.

TELUR SAYA ORI, TELUR AWAK PALSU.....

'Kawan' nak beritahu ni.....
betapa bertuahnya kita hidup dalam zaman moden dan penuh dengan kecanggihan teknologi ni. Kemahiran dan pengetahuan sains banyak membantu memudahkan kehidupan seharian manusia. Sains juga boleh dimanipulasi dan dieksploitasi mengikut kepentingan dan selera serakah masing-masing.

Sains memang diakui membawa kebaikan tetapi sains juga banyak digunakan ke arah kejahatan di tangan-tangan mereka yang tak berperikemanusiaan dan tak bertanggungjawab.

”Kawan’ ada terbaca artikel terus dari China yang mendakwa ada sekolah yang mengajar buat telur palsu. Negara China memang terkenal pun dengan produk-produk palsu ni. ’Kawan' ingat benda ni tak de lah parah sangat sampai nak dikomersilkan.

ADA AKU KISAH???.....(kisah jugak)

'Kawan' nak beritahu ni.....
ada rakan blogger 'kawan' tanya kenapa tak buat entri tentang Anwar Ibrahim - isu terkini video dot dot dot tu? Boleh tambah trafik blog 'kawan'. 

Terima Kasih 'Gundaman' rakan 'kawan' tu tapi dalam bab ni 'kawan' malas nak ikuti sebenarnya sebab dah muak dengan politiking orang-orang yang gila kuasa kat Malaysia ni. Pada ;kawan', "TOO MUCH POLITICKING".

Bukan tanak ambil tahu langsung, tapi dah tak terikut dah. Hari ni pulak 'kawan' baca surat khabar, katanya video tu disahkan tulen. Entahlah....apa nak jadi, siapa yang betul pun tak tahu.

YUK POCO-POCOAN?? NGGAK MAU AH...

‘Kawan’ nak beritahu ni.....
baru-baru ni pulak ada seorang rakan ‘kawan’ sibuk bertanya minta cd mp3 dan vcd tarian poco-poco. Nak ajar budak-budak buat persembahan untuk sekolah dia dalam satu majlis program sekolah. 

Pulak dah ! Kesiannya rakan ‘kawan’ yang sorang ni. Yelah, bukan ke dah ada satu fatwa dari Mufti Negeri Perak, Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Haji Harussani bin Haji Zakaria pada 28 Februari 2011 yang lepas yang mengatakan yang tarian ni diharamkan atas kajian dan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

KOPI.....OH......KOPI

‘Kawan’ nak beritahu ni…..
yang ‘kawan’ lama dah sebenarnya nak tulis entri pasal kontroversi baru-baru ni pasal ‘KOPI ADA KANDUNGAN BABI DI KOPI TIAM TERKENAL DI JOHOR. Senang cerita, air kopi yang rakyat Kluang minum selama ni kat Kluang Rail Coffee tu disahkan ada kandungan gelatin babi. Ini laporan daripada agensi yang terbabit dalam menentukan kesahihan berita ni. Bukan ‘kawan’ memandai-mandai! Tapi memang dah sahih. Lagipun kat kopi tiam tu tak de pun dipamerkan sijil kebenaran HALAL. Bukan setakat satu Kluang heboh, satu Johor dah kecoh, 1Malaysia dah menyumpah-nyumpah. Apa taknya, 80% yang suka sangat minum kat situ orang Islam!

Habis tu macam mana ni? Ada rakan ‘kawan’ kata “Takkan nak kena samak satu badan?”,

KEMPEN EARTH HOUR - 26 MAC 2011


6 PERSOALAN HIDUP DI DUNIA

‘Kawan’ nak beritahu ni.....
ada 6 persoalan hidup di dunia ni yang kita ambil ringan dan anggap sebagai “titik bengik” semasa kita masih hidup. Jadi, ‘kawan’ naklah berpesan-pesan dan menyampai-nyampaikan ilmu dan pengetahuan pada rakan-rakan dan diri ‘kawan’ sendiri. 

Bukan apa, ada perkara yang kita dah sedia maklum dan belajar, cuma kita tak praktikkan. Ada juga yang kita terlupa. Sebelum kita sama-sama terus terlupa ‘kawan’ ada nota untuk kita fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Insya Allah lebih baik lagi kalau kita dapat war-warkan dan sebar luaskan.

Beginilah ceritanya.....

TABIK TUAN POLIS!!!!

'Kawan' nak beritahu ni.....
semalam 25 Mac 2011 merupakan sambutan Hari Polis yang ke 204 tahun (1807-2011). ‘Kawan’ nak tabik pada semua anggota polis kita di seluruh malaysia. Kenapa? Sebelum ‘kawan’ jawab ‘kawan’ nak rakan-rakan semua ketepikan sentimen politiik, kebencian dan prejudis dalam diri kita terhadap polis. 

Mungkin ada rakan-rakan ada pengalaman yang tak baik dengan polis atau sekadar ‘tak suka’ pada polis hanya melalui dengar cakap-cakap orang lain atau terikut-ikut membenci polis. Tapi satu hakikat yang kita wajib ambil tahu ialah, polis juga manusia biasa yang mempunyai emosi, perasaan dan keinginan. Justeru kadang-kadang memang ada anggota polis sendiri yang melanggar undang-undang yang dia sendriri kuat kuasakan.

STANDARD WAKTU MALAYSIA

‘Kawan’ nak beritahu ni…..
2- 3 hari ni ‘kawan’ asyik lewat sampai ke tempat kerja. Puncanya ialah dah terlalu banyak jam dalam rumah. Semua tempat yang bernama “bilik” memang ada jam termasuklah bilik mandi dan bilik termenung! Jam tangan tok sah tanyalah! Jumlahnya ada lebih daripada sebelah tangan! Semua tak sama setting waktu dia!

Ada jam dinding yang ‘kawan’ sengaja cepatkan 5 minit dan ada yang 10 minit awal. Ada yang ‘kawan’ “synchronise”kan dengan waktu TV3. Ada pulak tu di”synchronise”kan dengan waktu Astro! Sudahnya, ‘kawan’ sendiri pun dah “confuse”!!! mana satu yang nak ikut.


MAGIKA NUMERASI

‘Kawan’ nak beritahu ni…..
semalam masa kemas-kemas perpustakaan mini kat rumah, ’kawan’ dipertemukan kembali dengan satu buku matematik bertajuk ”The Beauty of  Mathematic”.

Buku tu dah tersimpan lebih 20 tahun. Seingatnya, masa tu ’kawan’ baru darjah 6. Biasalah zaman dulu memang rajin orang jual buku datang sekolah buat pameran buku. Kadang-kadang sebulan sampai 4 kali. Yang bestnya pulak cikgu bagi kebenaran pergi pameran buku tu sampai 2 jam lamanya. Suka betul...(bagi yang suka membaca dan ada duitlah)


Jadi, ’kawan’ pun belek-belek semula buku ni, barulah ’kawan’ sedar memang berbaloi ’kawan’ beli buku ni dulu. Masa tu harga dia baru RM3. Kandungannya pulak sarat dengan permainan nombor dan ’magika’ nombor yang cukup mempesonakan! Salah satunya ni ha ’kawan’ ada sertakan sekali. Jenuh juga nak menyalin semula!!!
Teruskan...

POLYCARBONAT BISPHONEL 'A' - APA TU?

‘Kawan’ nak beritahu ni…..
baru-baru ni kan heboh pasal bahaya penggunaan botol susu ‘baby’ yang diperbuat daripada bahan ‘Polikarbonat Bisphenol A’ tu. Kesian ‘baby-baby’ yang menyusu botol. Memang penggunaan botol tu berbahaya untuk kesihatan (ironimya, belum ada pengesahan daripada pakar perubatan dan kimia!!!). Mengikut dakwaan, bukan saja kepada ‘baby-baby’ yang menyusu menggunakan botol jenis tu tapi kepada orang dewasa yang menggunakannya juga. Ada ke orang dewasa yang gunakan? Ada kut kalau rajin sangat nak kaji benda tu he, he, he!!!

Kerajaan Malaysia dah pun mengharamkan penggunaan botol susu polikarbonat Bisphenol A berkuatkuasa mulai 1 Mac tahun 2012.
Best Blogger TipsBest Blogger Tips Best Blogger Tips