TELUR SAYA ORI, TELUR AWAK PALSU.....

'Kawan' nak beritahu ni.....
betapa bertuahnya kita hidup dalam zaman moden dan penuh dengan kecanggihan teknologi ni. Kemahiran dan pengetahuan sains banyak membantu memudahkan kehidupan seharian manusia. Sains juga boleh dimanipulasi dan dieksploitasi mengikut kepentingan dan selera serakah masing-masing.

Sains memang diakui membawa kebaikan tetapi sains juga banyak digunakan ke arah kejahatan di tangan-tangan mereka yang tak berperikemanusiaan dan tak bertanggungjawab.

”Kawan’ ada terbaca artikel terus dari China yang mendakwa ada sekolah yang mengajar buat telur palsu. Negara China memang terkenal pun dengan produk-produk palsu ni. ’Kawan' ingat benda ni tak de lah parah sangat sampai nak dikomersilkan.


Inilah yang ’kawan’ nak sampaikan ni. Semalam ’kawan’ baca akhbar dah ada pulak kes kat Malaysia ni pasal tertipu beli telur palsu. Sampainya hati! Tak ke haru bila kita beli telur kat kedai, jiran kata ”Telur saya ori, telur awak palsu!”




Ada sorang pengadu datang jumpa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bersama-sama sedulang telur yang kalau diamat-amati, bentuknya tu ada sikit luar biasa. Kata pengadu tu telur yang dimasak tu tak mengeluarkan bau macam telur biasa. Dah tu tak de rasa pulak.


Selepas dibelek-belek, diperiksa CAP didapati memang betul telur-telur tu mempunyai bentuk yang luar biasa, tak ada bau dan tak ada rasa! Saiznya besar dan bila dipecahkan tak mengandungai chalazae – iaitu bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur untuk membendung kuning telur pada bahagian tengah telur.

Mengikut laporan tu, telur palsu tu mengandungi bahan-bahan kimia.
1. Kulitnya diperbuat daripada Kalsium Karbonat, Lilin Parafin, Serbuk Gypsum

2. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada Natrium Alginat, Alum, Gelatin, Asid Benzoik, Kalsium Klorida, Air dan Pewarna Makanan.

3. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya.

’Kawan’ naik pening dengan perkembangan terbaru kat Malaysia sekarang. Terlalu banyak benda yang palsu. Udah le manusia pun ada yang palsu, minuman dan makanan pun dah terlalu banyak yang palsu!!! 

So, rakan-rakan kena hati-hatilah. Katanya telur-telur tu diimport dari China.
’Kawan’ pun tak faham macam mana telur pun masih diimport! Takkanlah kat Malaysia ni dah tak cukup ayam-ayam yang mampu menghasilkan telur-telur untuk seluruh rakyat Malaysia? Mengerikan betul!!!

Ok, dah tu macam mana nak kenalpasti yang mana ori dan yang mana palsu? Mesti ada banyak beza. Kita sebagai pengguna kenalah ambil tahu perkara ni.

CARA-CARANYA :
1. Saiz dia lebih besar dan hampir bulat dan semua sama bentuk. Yang ori lonjong sikit dan bentuknya tak sama.

2. Kulit telur yang ori ada yang masih melekat bulu-bulu ayamnya. Yang palsu licin, berkilat dan nampak sempurna.

3. Cuba bau pada telur tu. Kalau ada bau najis ayam sikit maknanya orilah tu. Kalau nasib baik ada lagi najis ayam terpalit sikit kat telur tu, he, he!

4. Kalau dipecahkan, putih telur dengan kuning telur akan segera bercampur dan cair bersama. Tapi kalau yang ori biasanya takkan bercampur. Cuba sentuh, yang ori ada licin-licin geli geleman gitu. Tapi yang palsu tu ada kasar sikit.

5. Bila goncang telur yang palsu, ia akan berbunyi kerana kandungan air yang banyak.

6. Tak ada bau. Yang ori ada bau macam daging mentah.

7. Cuba ketuk-ketuk manja pada telur tu. Yang ori ada bunyi rapuh berbanding yang palsu

8. Kalau digoreng telur palsu tu , kuning telur terus mengembang walaupun kita tak sentuh. Jadi tak bolehlah buat telur goreng mata lembu!

Pesanan Penaja :
’Kawan’ tetap suka telur-telur yang ori........!
Tak sanggup makan nasi lemak palsu dan bahan-bahannya pun palsu, termasuklah telur palsu!

Sumber laporan : SM Mohamed Idris – Presiden CAP

LAGU TELUR DARI BONITA

Best Blogger TipsBest Blogger Tips Best Blogger Tips