BIARKAN LUNCAI TERJUN DENGAN LABUNYA....


‘Kawan’ nak beritahu ni…..
2-3 hari ni ‘kawan’ bertugas di luar kawasan, memantau organisasi lain. Tu yang tak sempat-sempat nak masukkan entri baru. Dari pagi sampai petang. Lepas tu kena siapkan laporan pulak. ’Kawan’ kena pantau apa yang dalam bidang ’kawan’ dan bantu organisasi yang ’kawan’ lawati.

Tujuan ’kawan’ adalah untuk mambantu, bukan nak cari salah silap dan menghebohkan cacat cela. Buat apa ’kawan’ nak buat macam tu? ’Kawan’ pun ada prinsip sendiri: ”What you give you will get back!”.

Kalau benda baik yang kita beri , maka perkara baiklah yang kita dapat balik. Malah berlebih-lebih lagi. Sebab tu dalam Islam konsep bersedekah amat-amat digalakkan dan dijadikan amalan.


Sedekah tu tak akan memiskinkan kita, malah kalau kita betul-betul ikhlas, kita bertambah kaya!! Tak percaya? Mulakanlah dari sekarang. Sebab tu ada orang ni suka sangat belanja kita, tapi duit dia sentiasa ada untuk belanja rakan-rakan. Ada orang tu dahlah tak pernah belanja tapi duit dalam poket pun tak ada nak belanja rakan-rakan. Haru betul.

Kalau ilmu yang kita kongsi, maka jangan risaulah! Ilmu kita tak akan kurang sikit pun hanya disebabkan kita berkongsi dengan orang lain. Atau kita takut orang lain jadi lebih hebat daripada kita sedangkan ilmu tu pada asalnya kita yang bagi. Tak perlu takut apa-apa. Sebab sepanjang kita berkongsi dengan orang lain tu, kita akan dapat lagi ilmu baru yang orang lain tak dapat. Pahala bonus pun tak yah ceritalah, berlipat kali ganda!

Cuba perhatikan situasi ni. Biasa dalam masyarakat kita. Kak Limah dan jiran-jiran dia belajar buat kek dengan Kak Jah. Kak Jah selamba dek je ajarkan cara-cara nak buat kek yang enak, lazat, gebu dan hamboi lembut sekali!!! Niat dia cuma satu iaitu nanti semua orang pandai masak kek dan dapat menikmati kek yang sedap hasil tangan sendiri. Selepas belajar Kak Limah pun aplikasikan semua tunjuk ajar Kak Jah tadi. Selepas beberapa puluh kali dan makan masa bertahun-tahun, hasilnya masih tak sama dengan rasa kek buatan Kak Jah. Akhirnya, orang ramai masih menempah kek dengan Kak Jah dan dalam masa yang sama Kak Limah dengan kawan-kawannya tadi berkemampuan membuat kek. Nampak? Nampak?

Berbalik pada isu utama tadi, ’kawan’ datang dengan niat baik. Tapi disangka sebaliknya. Ada satu organisasi tu ’kawan’ disambut dengan muka masam dan tak ’friendly’ langsuang. Tak apa, dia orang masih tak kenal ’kawan’. Tak kenal maka tak cinta kan! So ’kawan’ teruskan tugas dengan penuh berhemah dan berintegriti sekali malah sangat adil.Tu dia.!! 

Bila ’kawan’ terangkan segala kelemahan dan penambahbaikan yang perlu dibuat supaya kerja-kerja diaorang jadi lebih mantap, maka berbululah dia orang mendengarnya dan beranggapan yang ’kawan’ ni saja nak cari masalah. Pening kepala dibuatnya, walhal ’kawan’ tak masukkan langsung segala kelemahan tu dalam laporan sebab nak bagi laporan dia cantik dan bersih. Mana yang terkurang tu lah yang ’kawan’ beritahu secara lisan. Diaorang tak boleh terima sebab dah terbiasa dengan cara kerja diaorang dan yang memantau ni pulak orang muda!

Udah le tak ’friendly’, lepas tu sombong dan berlagak pulak! Apa dia orang cakap pada ’kawan’? ”Awak buatlah kerja awak, kita tahulah apa yang kita buat ni. Selama ni tak ada orang pun yang kesah. Awak apa tahu? Muda lagi! ”
Masa beritahu tu ’kawan’ tak de pun bernada tinggi ke, bernada perli ke! Sebab masa tu di hadapan ’kawan’ tu semuanya boleh dianggap sebagai abang-abang dan kakak-akak, sebahagiannya boleh boleh dipanggil ”mak”!. Budi bahasa ’kawan’ tatap jaga.

Tergamam ’kawan’! Yelah, memang betul selama ni orang tak ambil kesah sebab tak pernah ada pemantauan pun kat situ sebelum ni. Lagi pulak, pentadbir pun malas nak tegur sebab itulah jawapan diaorang pada pentadbir sendiri!!!

Whatever lah!!! ’Kawan’ masih terus bersangka baik dan harap-harap ada perubahan selepas ni. 

Pesanan Penaja :
1. Setinggi mana pun gred jawatan kita atau selama mana pun pengalaman kita, kalau kita sombong dan berlagak, rendahlah moral kita.

2. Setinggi mana pun gred jawatan kita atau selama mana pun pengalaman kita,
tak bermakna kita tahu semua perkara dan tak semestinya kita betul belaka.

3. Setinggi mana pun gred jawatan kita atau selama mana pun pengalaman kita, jangan anggap kita dah tak perlukan nasihat daripada orang lain.


LAGU JANGAN SOMBONG DAN BERLAGAK OLEH JASNI

0 orang respon entri ni...:

Best Blogger TipsBest Blogger Tips Best Blogger Tips