MOHD. NASIB BIN UNTONG

'Kawan' nak beritahu ni.....
nama memang melambangkan pemilik nama itu sendiri. Apa ada pada nama? Memang macam-macam ada! Daripada nama boleh menceritakan keperibadian seseorang. Betul ke? "Kawan' tak pasti. 

Jarang-jarang pemilik nama yang baik-baik membawa keperibadian yang baik. 
Kadang-kadang nama pemiliknya tak berapa sedap didengar atau tak ada makna dalam Islam tapi keperibadiannya sangat tinggi. Setuju? Nama juga menunjukkan darjat dan latar belakang sejarah berbeza. 

Hari ni 'kawan' baca dalam akhbar, Bekas Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Datuk Ismail Ali berpesan, nama-nama seperti Muhammad, Abdullah dan Fatimah supaya jangan di panggil dengan panggilan "Mamat", "Dolloh" atau "Timoh". Sepatutnya nama-nama tu disebut dengan panggilan yang betul dan tepat, sesuai dengan latar belakang para nabi serta tokoh-tokoh Islam yang berperibadi mulia.

Gelaran-gelaran seperti Mat Rempit, Mat Pit, Mat Gian atau Minah Kilang pulak katanya adalah gelaran yang tidak baik kerana nama asal Mat dan Minah tu berasal daripada nama Muhammad dan Aminah.

Pada 'kawan' ada betulnya dan mesti dijadikan rujukan.. Tapi 'kawan' nampak, dalam konteks di Malaysia ni, gelaran Mat dan Minah membawa konotasi berbeza dan langsung tak dikaitkan dengan junjungan besar kita Nabi Muhammad dan Aminah iaitu bonda nabi.

Dolloh, Mamat dan Timoh (rasanya ada banyak lagi) tu pun panggilan biasa mengikut kedudukan sosio-geografi penduduk di Malaysia ni. itu di Terengganu dan Kelantan, belum lagi di Negeri Sembilan, Pahang dan tempat-tempat lain. Macam mana? Tolong jawab rakyat Malaysia!

Pakar bahasa kena pantau, siasat dan ulas perkara ni sebab di Malaysia ada ratusan gelaran Mat dan Minah yang dah didaftarkan dalam entri Bahasa Melayu sebagai bidalan, peribahasa dan sebagainya. 

Itu belum lagi gelaran-gelaran yang tak berapa sedap didengar macam Halimah Jongang, Timah Juling, Ali Hapak, Siah Gebu, Din Ngok Ngek, Piah Pekak, Lan Boroi, Kasim Rabun dan macam-macam lagilah yang pelik-pelik. Benda ni macam biasa tapi banyak natijah yang kita sendiri tak nampak.

Pesanan Penaja:
Tajuk entri kali ni, Mohd Nasib bin Untong adalah nama sebenar rakan 'kawan' semasa di sekolah rendah  dulu. 'Kawan' masih tercari-cari di mana dia.

LAGU HALIMAH JONGANG -  EDDIE HAMID


7 orang respon entri ni...:

Qish Hazrul berkata...

Assalam..hm. Betul abang cakap tu.. semuanya betul belaka. tapi qish pun bary nampak fakta2 ni.. haihhh. terasa seolah kita dah mempersendakan nama2 mulia tu. :(

ahmad humairi berkata...

Assalamualaikum,

Apa ada padanama. Aku menulis bukan kerana warna tapi "kerana ada"

eB ezrin berkata...

hmmmm baru prasan... tapi mat minah tuh kebetulan jerk kot... wallahualam...

zippo miller berkata...

zippo pun tak tau bende ni, tq for the info bro

lalink7 berkata...

nama dia mmg tahap kool habess..mesti dia sangat untungg jekan...

=))

Khairil berkata...

lumrah manusia suka memanggil atau gelar orang lain dengan gelaran...tapi gelaran yg tak elok tu mungkin tak payah diberi...

setuju dgn pendapat 'kawan' tentang konteks penggunaan mat dan minah dikalangan orang melayu...

Khairil berkata...

lumrah manusia suka memanggil atau gelar orang lain dengan gelaran...tapi gelaran yg tak elok tu mungkin tak payah diberi...

setuju dgn pendapat 'kawan' tentang konteks penggunaan mat dan minah dikalangan orang melayu...

Best Blogger TipsBest Blogger Tips Best Blogger Tips