YUK POCO-POCOAN?? NGGAK MAU AH...

‘Kawan’ nak beritahu ni.....
baru-baru ni pulak ada seorang rakan ‘kawan’ sibuk bertanya minta cd mp3 dan vcd tarian poco-poco. Nak ajar budak-budak buat persembahan untuk sekolah dia dalam satu majlis program sekolah. 

Pulak dah ! Kesiannya rakan ‘kawan’ yang sorang ni. Yelah, bukan ke dah ada satu fatwa dari Mufti Negeri Perak, Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Haji Harussani bin Haji Zakaria pada 28 Februari 2011 yang lepas yang mengatakan yang tarian ni diharamkan atas kajian dan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

Kebetulan pulak baru tadi rakan setugas ‘kawan’ minta ‘kawan’ siarkan entri pasal poco-poco ni!
Sebenarnya, berita ni lama dah jadi perhatian. Dalam blog ‘kawan’yang lama pun dah ada entri ni. 
‘Kawan’ refresh balik sebab baru-baru ni kecoh dan heboh lagi!

Tarian Poco-Poco ni bukan setakat tarian biasa-biasa je katanya. Sampai sekarang ni banyak pihak kat Indonesia sana yang isytihar tarian tu dia orang yang punya. Padahal mengikut kajian, asal sebenar tarian tu daripada Filipina bukannya Indonesia. Kita kan serumpun, logiklah benda-benda ni senang berkembang dan diinovasikan! Dekat Filipina sana ia ditarikan oleh masyarakat yang beragama Kristian semasa menghadiri upacara sembahyang mingguan di gereja-gereja. 

‘Kawan’ tak pernah pulak nampak macam mana tarian poco-poco ni, tapi dikatakan pergerakannya akan membentuk salib! Pada rakan-rakan yang pernah menyaksikan tarian ni atau yang pernah joget poco-poco ni betul ke? Wallahua’lam!

Dikatakan gerakan tariannya tu mudah. Dua langkah kecil ke kanan, kembali ketempat, lalu undur satu atau dua langkah ke belakang, kemudian maju ke depan sambil berputar. Begitu seterusnya gerakan tu diulang-ulang. Prinsip asasnya, memusingkan badan ke empat penjuru mata angin, kemudian balik ke tempat asal. 

Sekarang ni pula katanya dah ada lebih 50 gerakan di Indonesia, siap tukar muziknya ke dangdut, disko termauklah cha cha. Kat Malaysia? Entahlah…bab ni ‘kawan’ tak boleh komen sebab belum pernah nampak walau sekali! Kesian tul!!!

Asal nama poco-poco tu pulak dikatakan membawa maksud gadis yang tubuhnya montok, berisi dan lincah! He, he!

Pesanan 'kawan' :
Kalau dah ada fatwa tu, eloklah berhenti je joget poco-poco tu.
'Kawan' masih menunggu fatwa kebangsaan!
Cuma 'kawan' rasa, ada baiknya tarian ni untuk senaman dan aktiviti keluarkan peluh. Apa yang perlu dibuat ialah, tukar namanya. Jangan sebut Tarian Poco-Poco! Bubuhlah nama yang sesuai dan pakar-pakar senaman tolonglah ubah gerak tari dia ke arah yang sesuai dengan gerakan senaman rekreasi! So, hilang kisah kita ikut benda yang haram! Yang kita asyik nak tiru orang dan main ikut aje  kenapa? Orang Malaysia ni dah kurang sangat idea ke?.....Fikir-fikir dan renung-renungkanlah!



LAGU POCO-POCO

4 orang respon entri ni...:

pha is berkata...

sebelom ni pon dah tersebar khabar angin pasai bnde ni. dah lama dah. dalam tahun lepas kalau x silap. mungkin baru2 ni jew maklumat ni sampai ke majlis fatwa. tapi, kalau diikutkan, memang ader la ciri2 salib tu... dan dikatakan dari segi sejarah pon, mmg berasal dari tarian gereja di filipin. wallahu a'lam...

waN Mohd Salim berkata...

sila sertakan diri anda dlam contest sye http://wanmohdsalim.blogspot.com/2011/03/contest-penulis-senja-terakhir.html

alahaiiiii adik sye suke tari poco2 ni ..xleh erk .. huhuhuhuhuh

Farhan Zulhusmi berkata...

tak releven.......
poco kenapa haram???
apa sbbnya.......
segalanya bermula dgn niatkn...
lagipun poco-poco tu kan aktiviti yg keluarkn peluh....emmm

Tanpa Nama berkata...

peh...pantas sungguh abeije thanks...
apapun kat m'sia nie kan ada senam seni so kitelah sbg rakyat yg harus m'promosikan tarian tsebut..yg was2 kite tgalkan x rugi apapn senam seni pn bleh mengeluarkan peluh dan sesuai sbg aktiviti senaman...x caya cube buat...

Best Blogger TipsBest Blogger Tips Best Blogger Tips