#88 – KERETA KENA ’BLOCK’ SEBAB ORANG 'DOUBLE PARKING' !
Bab ni yang malas kita nak ulas, ye tak. Kebanyakan daripada kita semahu boleh nak ’park’ kereta kita kat tempat parking!. Kita tak susah, orang lain pun tak lah sakit hati. Lagi satu, tak de lah kita kena bayar saman parking! Tapi ada ramai pulak orang kat luar sana tu yang betul-betul mementingkan diri!! Suka hati dia je nak berhenti kat mana, senang hati je parking belakang/tepi kereta kita. Yang kita ni nak keluar parking ada dia fikir? Situasi di bawah ni adalah contoh ’mementingkan diri’ sendiri:
*** Berhentikan kereta betul-betul kat tepi gerai jual kuih/air sebab malas nak turun. Turun cermin tingkap, hulur je tangan, ”Cik, air soya 2 bungkus!”. Kalau naik motor kira OK lagi, munasabah la jugak. Orang lain pun nak beli jugak!
Punyalah pemalas sangat, nak jalan jauh sikit pun tak boleh. Tempat parking pun penuh, so cara paling mudah dan efisien katanya; ahh...parking je tepi/belakang kereta tu, sekejap je ni!!
Perghhh..... BENGANG BETUL!!!
Tak perasan ke dalam kereta tu ada oang lagi?. Hidup lagi ’driver’ dia. Dibuanya dia pun masa tu nak keluar? Amacam? Taulah tak banyak masa sebab sibuk atau tak ada masa lain lagi tapi tolonglah jangan sakitkan hati orang lain atau menyusahkan orang lain! Janganlah pentingkan diri, nak lepaskan tengkuk sendiri je.
* 'Kawan' pernah juga beberapa kali kena macam ni. Mua-mula tak apa – ’Minda kena positif’!...boleh tunggu sekejap. Tapi kalau dah lebih setengah jam, hati pun panas sudah!!! Selalunya selamba dek je ’kawan’ hon, hon sampai pemilik kereta tu datang. Bila dia dah sampai ’kawan’ hon lagi, hon lagi. Kasi bengang sama dia.
9 orang respon entri ni...:
memang bengang ah klo kena macam nih. So far tak pernah kena lagi.
Nilah lahir dr sikap mementingkan diri sendiri....
dulu selalu kene masa duk flat dbkl...hhuhu...sabo je ler kan
Nazayiena:
Betul-betul mementingkan diri! Tak ada masa nk fikir orang lain!!!
tunz:
Memang bengang,kan mama!
waaaa.ia amat membengangkan...tu yang banyak kes calar kerete tu
@Pak Pishish x kn sampai calar keta....
@tunz
ye...keng kadang manusia suka bertindak di luar batasan
@Pak Pis
Betul Pis, mmg betul berlaku depan mata abg ijal! Member x boleh keluar, pas tu hati sudah panas (nk cepat agaknye) so, dia pun hangin satu badan, capai batu tepi jalan trus kasi calar ! Aku suka je tengok! Sapa suruh buat benda yg org marah, kan!
perghhh ha...kan..meme kene calar punye huhuhuh...tu err kadang2 saya kalo nak parking kereta bia la sanggup parking jauh2...asalkan org lain bahagia dan saya pun hati tenang..x pikir kereta kene calar ke tak
Catat Ulasan