#90 – TOLONG KELUARKAN DUIT KAWAN-KAWAN!


#90 – TOLONG KELUARKAN DUIT KAWAN-KAWAN!

…..sambungan daripada #91

Apa cerita? OK, kita jangan putus asa! Pergi cari bank lain yang ada tawarkan perkhidmatan BANCARD. Hidup mesti kreatif! Jangan cepat menyerah kalah, ye tak! Kita pun pergilah bank yang dimaksudkan tu. Dah jumpa! Yess, ada 2-3 orang je. Kita pun tunggu kat belakang orang tu. Mesin ATM kat bank ni pulak ada satu je. Tak pe, tunggu......

Tunggu punya tunggu, punya tunggu, kepala sudah panas, hati sudah marah...... apasal mamat kat depan ni tak siap-siap lagi ni? Tak boleh tunggu lagi ni. Tadi tak ada orang lain kat belakang kita, sekarang dah berduyun-duyun pulak. Kita pun ’sound’lah mamat ni,”Bro, ada problem ke? Dah lama sangat dah ni!”.
”Boleh tunggu tak....nampak ni, ada 5 kad bank lagi!!”, dengan nada tanpa belas kasihan, dia ’sound’ kita balik pulak! Perggghhhh!!!!!  Panas! Panas hati kita!!
BENGANG BETUL!!

*Memang banyak kali jadi kes macam ni yang membuatkan hati kita berbulu sangat! (untuk orang yang ada bulu dada laa). Marah tok sah cerita! Apa taknya, janganlah mementingkan diri sendiri! Bukan tak boleh buat macam tu, tapi agak-agak sikit lah. Tengok orang kat belakang kita ramai ke tak ramai. 






Protected by Copyscape Plagiarism Tool

3 orang respon entri ni...:

tunz berkata...

memang geram kalau kena mcm ni..mama tunz selalu kene bila yg duk depann mama tu 'pendtg'......apa nak buat..sabo je la kan Abg Ijal..

Abg Ijal berkata...

Ohh...cerita pasal pendatang ni lagi ngeri! Bila diaorg nk keluar duit tu boleh pulak pakat kumpul ramai2. Yg keluar duit sorang je. Tengok kita macam nak telan kita pulak!! Pas tu wat havoc! Kekadang tu terfikir pulak...eh aku ni kat Malaysia ke kat mana ek? BENGANG BETUL!

tunz berkata...

yerla ...betul tu....mmg takut

Best Blogger TipsBest Blogger Tips Best Blogger Tips