#94 – ’BLACKOUT’ MASA MANDI PAGI!
”Woi...sapa tutup lampu ni? Tengah mandi ni wei!!”
Itulah ayat yang terpacul dari mulut bila lampu tiba-tiba terpadam. Tak sudah-sudah lagi masalah. Bila masanya nak sampai tempat kerja awal ni? (Rujuk perkara #95 hingga #100). Tengah syok membuihkan badan dan mengkocak-kocak air subuh-subuh ni boleh pulak ada orang tutup lampu. Siasat punya siasat, ropa-ropanya ’blackout’. Takut tu tak lah, tapi BENGANG BETUL!!
*Kalau jadi kat rumah OK lagi. ’Kawan’ pernah ada pengalaman terperangkap kat sebuah Shopping Mall. Tengah-tengah melepaskan hajat yang berat dalam toilet disebabkan sakit perut yang teramat sangat, tetiba power supply Shopping Mall tu terputus! Gelap gelita beb! Maka time tu juga boleh dengar macam-macam bunyi merdu dari ’rakan seperjuangan’ di bilik-bilik kiri dan kanan ’kawan’. Nasib baiklah ada ’handphone torchlight’, bolehlah juga nampak samar-sama dan beristinjak!
p/s : Lepas ni ’kawan’ boleh mintak tolong Aaron Brad Pis!
4 orang respon entri ni...:
kalau Abg Ijal yg kene..wat pe????
Kat umah ke kat tempat lain?
Ok, kalau kat umah sendiri, relaks je sebab rasa selamat! Gelap2 pun masih boleh control macho. Tapi kalau kena kat tempat lain...duduk diam2 je dlm bilik air tu. Moralnya, lepas ni kalau ada keperluan bermalam kat mana2, masa guna bilik air kena bwk skali alat yg boleh mengeluarkan cahaya. Contohnya, mcm handphone 'torchlight' Nokia yg sentiasa dlm simpananku...............
laa....nanti hp tu lak kebushhhh dl toilet bowl...huhuhu
Ha ah la..! Kalau 'keceploooos' masuk dalam lubang 'harta karun' tu lagi haru. Bertambah BENGANGGGGGGG!!!
Catat Ulasan