TIPS ELAK BATERI LAPTOP "KONG"

‘Kawan’ nak beritahu ni…..
Sekarang ni ‘kawan’ memang bengang dengan bateri laptop ‘kawan’ ni. Mana taknya, baru 30 minit guna (full charge) dah kena “recharge” lagi.

Agaknya rakan-rakan pun pernah mengalami masalah bateri yang cepat berkurangan kuasanya menurun sehingga 15 minit atau paling lama 1 jam saja walaupun dah dicas penuh.

Bagi rakan-rakan yang belum pernah mmengalami masalah ni, ambil langkah pencegahan!  ‘Kawan’ nak berkongsi panduan dengan rakan-rakan…..


Rakan-rakan boleh memanjangkan masa penggunaan laptop atau netbook semasa menggunakan bateri kalau rakan-rakan boleh melakukan langkah di bawah.


Pertama:
Rakan-rakan mesti faham bahawa kadar processor bekerja mengikut berapa banyak aplikasi yang kita jalankan. Jadi, lebih banyak aplikasi dilancarkan lebih banyak kuasa yang digunakan. Apa lagi, kurangkanlah aplikasi tidak penting semasa menggunakan bateri. Malware pun jahat juga. Dia ni boleh mengganggu aplikasi.

Kedua :
Elakkan menyambung alatan yang gunakan sambungan USBthumbdrive, kipas mini, broadband dll lagi) sekali gus. Sambung alatan USB yang perlu saja. Kalau rakan-rakan gunakan removal harddisk (external), bayangkan berapa banyak kuasa yang diperlukan untuk memusingkan disk dan membaca data.

Ketiga :
Intel Core (semua yang mempunyai cap Core) ada bug di dalamnya yang boleh menyebabkan bateri cepat habis kalau alatan USB disambungkan. Dapatkan patch dari Microsoft. http://support.microsoft.com/?kbid=936357 . Tapi cuma untuk Windows original saja. 

Keempat :
Rakan-rakan perlu ingat, bateri mempunyai hayat yang pendek. Mungkin selepas setahun, bateri dah tak boleh dicas lagi. Jadi, dapatkan bateri yang baru. Kalau bateri dah dicas penuh, cabut wayar adaptor,kalau dibiarkan saja kebarangkalaian bateri cepat rosak adalah besar. Macam bateri handphone jugalah kan.

OKlah, ‘kawan’ harap tips ni berguna untuk semua. Tips ni cuma untuk memanjang tempoh penggunaan bateri pada satu-satu masa saja. Macam manusia jugalah, waktu tua dan mati itu pasti, memang tak dapat nak dielakkan. Kita cuma boleh amalkan pemakanan dan cara hidup sihat untuk memanjangkan hayat kita!!!

0 orang respon entri ni...:

Best Blogger TipsBest Blogger Tips Best Blogger Tips