MANUSIA MUSNAH KERANA 4

'Kawan' nak beritahu ni.....
bahawa 'kawan' nak berpesan-pesan kepada rakan-rakan dan mengingatkan diri 'kawan' sendiri bahawa terdapat empat perkara berharga yang jangan kita lepaskan.


Telah bersabda Nabi s.a.w : yang bermaksud:,
"Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga."



ADAPUN YANG BERHARGA ITU IALAH , AGAMA, MALU DAN AMAL SOLEH.
Maka...
1-Akal boleh hilang disebabkan marah.
2-Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3-Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4-Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang
lain.


MANUSIA AKAN MENGHADAPI 4 JENIS PENARIKAN
1-Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2-Para ahli waris akan menarik hartanya.
3-Ulat akan menarik tubuhnya.
4-Orang yang dimusuhi atau dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.


Dari Ali r.a yang bermaksud:
"Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:"

1-Memberi maaf pada waktu ia marah.
2-Suka memberi pada waktu ia susah.
3-Menjauhi yang haram pada waktu ia sunyi.
4-Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan
sesuatu darinya.

Dari Hatim Al-Asom pula yang bermaksud:
"Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:"

1-Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua
2-Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah di timpa bencana.
3-Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4-Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati


Jadi, 'kawan' berharap sama-samalah kita ambil iktibar atas 4 perkara tersebut. Mudah-mudahan atas muhasabah diri, kita dapat perbaiki segala kelemahan yang ada supaya kita sama-sama menjadi hamba yang disayangi Allah. InsyaAllah. Amin!!

0 orang respon entri ni...:

Best Blogger TipsBest Blogger Tips Best Blogger Tips