LEGA.....

‘Kawan’ nak beritahu ni…..
‘kawan’ dah KEMBALI!!!. Kembali ke alam nyata, kembali malar segar, kembali bermotivasi, kembali bernafsu di arena maya setelah sekian lama ‘kawan’ terperangkap dalam masa ciptaan sendiri. Mana mungkin masa yang Allah beri selama 24 jam sehari itu tak mencukupi kerana ianya telah dibahagikan dengan sempurna untuk manusia menguruskan dirinya iaitu 8 jam untuk berehat, 8 jam untuk bekerja dan 8 jam untuk beribadat kepadaNya bagi yang patuh setia. Malangnya, ‘kawan’ sendiri yang terbabas menerawang dan merasakan 24 jam itu harus ditambah menjadi 30 jam sehari!!

Alhamdulillah, setelah lama meninggalkan blog kesayangan ‘kawan’ ni, tak pulak nampak sawangnya, tak berlumut dan berdebu, malah semakin segar, sesegar tuan tanahnya!!! Sesungguhnya rasa rindu untuk kembali  memang sentiasa memberontak, namun bila kerja dan kerja dan kerja dan kerja datang ’menggila’, tak menang tangan dibuatnya. ‘Kawan’ ditolak, dihempap, dikambus dan terus hilang dalam nyata. Pelik kan? Orang lain pun sibuk jugak,! Kenapa begitu lama? ‘kawan’ tak reti nak jawab!!!

Terima kasih kepada semua ’follower’ yang tak putus-putus singgah dan pembaca-pembaca tegar blog ‘kawan’  yang mengutus emel mahu ‘kawan’ kembali beraksi.

Maka terlalu banyaklah berita dan acara-acara yang ‘kawan’ terlepas untuk diutarakan sebagai entri-entri ‘kawan’ malah hinggakan peringatan Hari Bapa pun ‘kawan’ tak dapat ucapkan kepada bapa sendiri!

Salam kembali!

Abg Ijal,
Tuan Tanah ”Ini Blog Kawan”
4 Julai 2011
Bersamaan 2 Sya'aban 1432H


AKU PASTI KEMBALI - RATU

2 orang respon entri ni...:

ZIPPO MILLER berkata...

waaaa abg ijal da kembali

cikgu idris berkata...

welcome back abg ijal..sama la kita..busy..busy..busy..even pandangan skeptikal org cikgu ni keje setengah hari jek :-)

Best Blogger TipsBest Blogger Tips Best Blogger Tips