HARI IBU.....2 HARI LAGI !

'Kawan' nak beritahu ni.....
dalam kalendar, hari sabtu ni 8hb Mei 2011 merupakan hari istimewa memperingati insan hebat dalam setiap diri manusia - IBU! Memang betul kita sepatutnya mengingati ibu kita setiap hari bukannya pada satu hari tertentu saja, tapi satu hari itu adalah hari khas yang istimewa. Jangan lupa tarikh tu. Jadi, kita ada masa 2 hari lagi sebagai persediaan untuk kita fikir-fikirkan apakah hadiah teristimewa yang bakal kita beri pada ibu kita. Lumrah  naluri ibu, dia tidak mengharapkan apa-apa daripada anak-anaknya. Cukup sekadar mendapat berita yang anaknya sihat dan berjaya. Cukup sekadar mendapat panggilan telefon, mendengar suara riang anak-anaknya bertanya khabar. Tapi sebagai anak sanggup ke kita membuat sekadarnya? Sekali lagi, naluri seorang ibu; dia tidak putus mendoakan kebahagiaan anak-anaknya......kita bagaimana? Berdoalah dari sekarang, mudah-mudahan ibu kita sihat...InsyaAllah kita masih berkesempatan bersua muka, peluk cium ibu kita minta restu, minta berkat!


Pesanan Penaja:
Agak-agaknya apa hadiah/penghargaan paling istimewa untuk diberi kepada ibu kita ye?

MESRA IBU - P.RAMLEE

2 orang respon entri ni...:

zippo miller berkata...

Bro Ijal...Tetibe jadi Sedey lak ha...aduss...Lupe nak cakap...kalo senang2 Join ler Mister Linky Zippo ...Senang sikit Zippo nak Melawat VVIP Zippo hahhaha

Abg Ijal berkata...

Masa taip entri ni pun aku dah tersedih la sangat....
Ok, nanti abg ijal join Mister Linky Zippo, tq

Best Blogger TipsBest Blogger Tips Best Blogger Tips