TABIK TUAN POLIS!!!!

'Kawan' nak beritahu ni.....
semalam 25 Mac 2011 merupakan sambutan Hari Polis yang ke 204 tahun (1807-2011). ‘Kawan’ nak tabik pada semua anggota polis kita di seluruh malaysia. Kenapa? Sebelum ‘kawan’ jawab ‘kawan’ nak rakan-rakan semua ketepikan sentimen politiik, kebencian dan prejudis dalam diri kita terhadap polis. 

Mungkin ada rakan-rakan ada pengalaman yang tak baik dengan polis atau sekadar ‘tak suka’ pada polis hanya melalui dengar cakap-cakap orang lain atau terikut-ikut membenci polis. Tapi satu hakikat yang kita wajib ambil tahu ialah, polis juga manusia biasa yang mempunyai emosi, perasaan dan keinginan. Justeru kadang-kadang memang ada anggota polis sendiri yang melanggar undang-undang yang dia sendriri kuat kuasakan.

Walaubagaimanapun ‘kawan’ percaya jumlah mereka yang terlibat cuma ‘seciput’ dan tak menjejaskan nama keseluruhan polis di Malaysia ni. Satu lagi perkara ialah, polis hanya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai penguatkuasa. Logiklah bila berlaku salah faham antara rakyat dengan polis bila melibatkan batasan kepentingan diri masing-masing.

Senang cerita macam ni, ‘kawan’ rasa kalau kita ikut betul-betul peraturan dan undang-undang yang dah dikuatkuasakan di mana-mana saja di Malaysia ni waima di serat tempat di dunia ni, kenapa kita perlu takut dan benci kepada polis? ‘Kawan’ bukan nak membodek polis. Setakat ni pun belum ada seorang pun salah silah ‘kawan’ yang jadi polis! Cuma apa salahnya ‘kawan’ ajak rakan-rakan jadi warganegara Malaysia yang berdidiplin dan setia dengan Rukunegara yang kita lafazkan.

‘Kawan’ tabik kepada semua anggota polis dari dulu sampailah sekarang sebab tanpa polis yang menjalankan amanah dan meneraju penguatkuasaan undang-undang di Malaysia, dah tentu hidup kita huru-hara dan kita sentiasa curiga bila berada di mana-mana.

Tabik juga kepada PDRM kerana diiktiraf sebagai pasukan polis terbaik dunia pada tahun 2006. Kepada seluruh anggota anggota polis tak kiralah apa pangkat mereka dan tak kira dari apa cabang kepolisan, ‘kawan’ ucap “Terima Kasih” atas pengorbanan kamu semua!

POLIS SEDIA BERKHIDMAT

1 orang respon entri ni...:

Best Blogger TipsBest Blogger Tips Best Blogger Tips