'Kawan' nak beritahu ni...
ada satu cerita yang rakan guru cerita pada 'kawan' dan 'kawan' rasa wajib dibagi penampar!!!
Nak tau cerita dia?
Ce cerita! ce cerita!
Jam dahpun menunjukkan pukul 6 pagi. Kasim masih lagi berdengkur. Mak dia pun segera kejutkannya untuk ke sekolah.
MAK: "Kasim...Kasim...bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat lagi."
KASIM: "Alah mak... Kasim tanak pergi sekolah!"
MAK: "Apa? Tanak pergi sekolah?! Baik... Kasim bagi mak dua sebab kenapa Kasim tanak
pergi sekolah."
KASIM: "Semua murid-murid tak suka Kasim. Cikgu-cikgu kat sekolah pun tak suka Kasim!"
MAK: "Itu bukan alasan bagi Kasim tanak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!"
KASIM: "OKlah, sekarang mak pulak bagi Kasim dua sebab kenapa Kasim mesti pergi
sekolah."
MAK: "Eh...eh...bertuah punya anak! Kasim dengar baik-baik.... Pertama, umur Kasim dah 50 tahun, Kedua, Kasim kan PENGETUA SEKOLAH....!!!, hari ni ada mesyuarat kat PPD!"
KASIM : !!!
Habis cerita!
He, he! Boleh pulak gitu ek!!!
0 orang respon entri ni...:
Catat Ulasan