yang manusia ni memang pelupa. Betul ke? Betul atau tak, 'kawan' tak boleh nak komen lebih-lebih. setahu 'kawan' manusia itu adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah. Kalau macam tu, dah tentu yang terbaik ada pada manusia. Apa beza haiwan dengan manusia? Otaknya....!
Jadi, sebenarnya manusia sendirilah penyebab diri dia jadi pelupa!. Tapi tak apa sebab ada tips yang 'kawan' nak kongsi untuk mencegah kita cepat lupa!!
Di bawah ni 'kawan' ada senaraikan sebab-musabab manusia hilang ingatan ataupun lebih sopan, tumpul minda!
KALAU BOLEH...
1. Kurangkan makan bawang besar
2. Kurangkan makan makanan berempah
3. Kurangkan makan ketumbar kering
4. Kurangkan menonton hiburan
5. Kurangkan membaca majalah hiburan
6. Kurangkan ketawa dengan kuat, meleret-leret atau terbahak-bahak
7. Kurangkan minuman air batu,air dalam tin (terutamanya yang bergas)
8. Kurangkan makan organ dalaman ayam (terutamanya kanak-kanak)
9. Kurangkan makan makanan ringan (jajan)
10. Kurangkan makan makanan segera
ATAU ELAKKAN TERUS PERKARA-PERKARA DI ATAS!
TAPI KALAU DAH "TERHENGEN" SANGAT, MAKANLAH DAN BERINGAT-INGATLAH
JANGAN....
1. Jangan makan kepala ikan
2. Jangan minum air yang ada semut di dalamnya
3. Jangan tidur selepas Subuh
4. Jangan tidur selepas Asar
5. Jangan tidur selepas makan
6. Jangan makan terlalu kenyang
7. Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam (waktu terbaik makan malam ialah sebelum pukul 7 malam)
8. Jangan menyapu rumah pada waktu malam
9. Jangan makan yang masam-masam berlebihan
10. Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidanganJangan minum susu selepas memakan daging/ayam
11. Jangan bagi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
12. Jangan makan makanan yang ada pewarna
13. Jangan makan makanan yang ada pengawet
14. Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
15. Jangan mandi selepas 9.00malam
INI AMALAN UNTUK MENAJAMKAN MINDA KITA
1. Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain-lain
2. Selalu makan makanan yang panas-panas
3. Selalu makan kekacang seperti kacang soya, badam dan sebagainya
4. Selalu minum air masak/air putih/air mineral
5. Selalu makan ulam-ulaman
6. Selalu mengamalkan pandangan kearah pemandangan hijau (pokok/rumput)
7. Selalu bersenam (sekurang-kurangnya 15 minit sehari)
8. Selalu menggunakan imaginasi otak
9. Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
10. Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negatif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai peratus yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu yang tidak sihat suasananya
11. Selalu rasional, bukan emosional dan ego
12. Selalu bersangka baik terhadap orang lain
DAN AKHIR SEKALI, INILAH YANG PALING PENTING
Jangan sengaja lewatkan solat.
Allah tak suka.
sebenarnya ada banyak lagi perkara-perkara "BUAT" dan "JANGAN BUAT" yang 'kawan' tak sertakan, tapi kalau rakan-rakan ada nak tambah, silakan. Sama-sama kita beramal...
LAGU MANUSIA LUPA OLEH AHLI FIKIR & AKBAR
0 orang respon entri ni...:
Catat Ulasan