KOPI.....OH......KOPI

‘Kawan’ nak beritahu ni…..
yang ‘kawan’ lama dah sebenarnya nak tulis entri pasal kontroversi baru-baru ni pasal ‘KOPI ADA KANDUNGAN BABI DI KOPI TIAM TERKENAL DI JOHOR. Senang cerita, air kopi yang rakyat Kluang minum selama ni kat Kluang Rail Coffee tu disahkan ada kandungan gelatin babi. Ini laporan daripada agensi yang terbabit dalam menentukan kesahihan berita ni. Bukan ‘kawan’ memandai-mandai! Tapi memang dah sahih. Lagipun kat kopi tiam tu tak de pun dipamerkan sijil kebenaran HALAL. Bukan setakat satu Kluang heboh, satu Johor dah kecoh, 1Malaysia dah menyumpah-nyumpah. Apa taknya, 80% yang suka sangat minum kat situ orang Islam!

Habis tu macam mana ni? Ada rakan ‘kawan’ kata “Takkan nak kena samak satu badan?”,

‘Kawan’ hangin satu badan baca berita tu! Mula-mula malas nak tulis entri ni sebab dah seminggu juga berlalu, tapi disebabkan ada kewajipan ‘kawan’ nak menyebarluaskan lagi berita ni, ‘kawan’ pun bubuh je lah! Bagus jugalah benda ni berlaku. Alhamdulillah, setiap yang berlaku tu ada hikmahnya.



Cuma ‘kawan’ berharap sangatlah pada agensi-agensi yang dikatakan mempromosi cara hidup halal ni terutamanya JAKIM, mesti tegas dalam hal ni. Sepatutnya ada jaringan dengan agensi pendaftar syarikat dan majlis tempatan. Maksud ‘kawan’ setiap kali ada pendaftaran perniagaan yang baru, lebih-lebih lagi yang nak buka bisnes makan ni, mesti mohon terus sijil halal. Barulah berkesan. Ni tidak, nak tunggu kedai yang mohon baru gi siasat!


Satu lagi, jangan asyik cakap produk itu ini haram, tapi tak bagi tahu pun nama produk tu. War-warkan terus aje dalam akhbar. Ini nampak gayanya macam masih berlembut. Memang ada portal HALAL tapi kena ingat, bukan semua orang boleh akses internet. Media yang paling dekat dengan masyarakat ialah suratkhabar dan TV. Bukan ke Malaysia sibuk nak jadi hub Halal sedunia? Selesaikan dulu masalah dalam negara!

Satu lagi, apakah usaha agensi-agensi berwajib dalam menangani masalah ni? Apa tindakan untuk menggantikan produk-produk yang didapati tak halal tapi menjadi barangan keperluan semasa masyarakat Islam? Alhamdulillah, sekarang dah ada Radix Fried Chicken, tapi cukup ke? 

Kadang-kadang tu cop HALAL daripada JAKIM tu pun masih boleh diragui sebab boleh ditiru dan dilabel senang-senang je! Cop HALAL ni satu hal lagi. Apa jaminan yang cop tu tak dieksploitasi ? Apa cara dan kajian supaya cop tu memang betul-betul ‘genuine’ daripada JAKIM? ‘Kawan’ rasa cop yang ada tu masih boleh diperbaiki dan ada pula kajian bersama-sama dibuat oleh pihak-pihak yang betul-betul sayangkan Islam dan umatnya supaya cop tu langsung tak boleh ditiru dan dieksploitasi. Kita kan ada ramai mahasiswa-mahasiswi kat Malaysia ni. Apa lagi? Sahutlah cabaran!

Pesanan ‘kawan’ :
Kepada seluruh saudara seIslam ‘kawan’….. Berwaspadalah selalu. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah!.....Islam itu indah dan suci! 

Tak pelah, yang lepas tu biarkan berlalu tetapi disusuli dengan keinsafan. Minta ampun, minta maaf dengan Allah. Bertaubatlah sekali atas kelalaian kita. Lain kali jangan main terjah je. Tengok ramai orang je kita pun join. Orang kata sedap je, kita pun balun!

LAGU KOPI DANGDUT OLEH SALIH YAAKOB

1 orang respon entri ni...:

Tanpa Nama berkata...

bgus entri nie...lepas nie wat ulasan tarian poco2 plak eh!!dah sama kecoh cm kopi nie gak citernya...chaiyookkkk abaije

Best Blogger TipsBest Blogger Tips Best Blogger Tips