Ada satu kali tu ‘kawan’ bermesyuarat kebetulan terjumpa rakan lama ‘kawan’. Dia ni seorang ‘pemerhati’ dan memang suka sangat memerhati orang lain secara terperinci. “Bro, kau ni dari dulu sampai sekarang, macam tu lah muka kau – muda remaja je!”, bersungguh dia memuji ‘kawan’ (dalam hati ‘kawan’ entah ye entah tak dia ni memuji) .
“Aku ni ko tengok, dah berkedut sana sini. Kat dahi ni toksah cerita laa. Nak kata banyak berfikir, tak jugak. Nak kata kulit aku mudah menggelebeh pun tak jugak. Perut pun dah boroi!! Ko ni maintain je!”, dia mengeluh. ‘Kawan’ layan je. “Ko ni ada rahsia petua-petui nenek moyang ke hapa? Pass la kat aku”, kata dia.
“Ye ke? Aku rasa biasa je. Tak de nya nak berahsia-rahsia. Hasil penjagaan rapi je, ha, he,”, ‘kawan’ balas.
“Mana boleh tak de kedut, ko tengok kat dahi aku ni, kat pipi aku ni”, jawab ‘kawan’ lagi.
“Ko lain, kedut kat pipi tu tandanya ko ni orang senang. Dua-dua belah pipi pulak tu! Sebelah kanan pulak maknanya ko memang disenangi ramai orang”, Balas rakan ‘kawan’ tu pulak.
“Ko biar betul! Hebatnya ko boleh bagi tau makna-makna kedutan! Boleh percaya ke? Kalau betul, ye Alhamdulillah!”, ‘kawan’ mencelah.
“Betullah bro, aku ada baca satu artikel kat majalah kesihatan pasal kedutan ni dulu!. Itu yang aku risau. Kedut aku kedut pada tempat yang tak de makna!”,
‘Kawan’ pun mintaklah dia cari balik artikel tu. Menarik juga dibuat rujukan dan ilmu pengetahuan. Paling best, bolehlah dijadikan entri baru ‘kawan’!
Rupa-rupanya betul! Tak tipu punya! Rakan ‘kawan’ punyalah nak ‘kawan’ percaya pada dia, dia sanggup cari sampai dapat. Maka malam tadipun dia hantarlah buku kesihatan tu. Buku tu dalam Bahasa Inggeris. Tak pe, ‘kawan’ boleh “translate”kan untuk rakan-rakan. Best!
So, ‘kawan’ taipkan semula untuk tatapan dan renungan rakan-rakan semua.
MENURUT ILMU KEDOKTORAN, KEDUTAN ADALAH GANGGUAN URAT SARAF PADA OTOT TERTENTU SEHINGGA BAHAGIAN TERSEBUT BERUPAYA BERGERAK-GERAK SECARA TIBA-TIBA. AKAN TETAPI RAMAI ORANG PERCAYA BAHAWA KEDUTAN MERUPAKAN TANDA KEKAL ANDA TELAH MEMASUKI USIA TUA. BERIKUT ADALAH BEBERAPA MAKNA UNTUK KEDUTAN-KEDUTAN YANG DIPERCAYAI DAN TELAH PUN DIBUAT KAJIAN. (KEDUTAN-KEDUTAN TERSEBUT IALAH UNTUK YANG KEKAL DAN TIBA-TIBA BERGERAK SENDIRI)
1. KEDUTAN PADA SELURUH BADAN:
Akan menghadapi banyak urusan
2. KEDUTAN DI KEPALA SEBELAH KIRI :
Akan mendapat rezeki yang besar
3. KEDUTAN DII KEPALA SEBELAH KANAN :
Akan mendapat pujian ramai orang
4. KEDUTAN PADA ALIS SEBELAH KIRI :
Akan bertemu dengan orang yang dicintai, baik keluarga atau orang lain
5. KEDUTAN PADA KENING ( KANAN ATAU KIRI) :
Akan mendapat duit dan kebahagiaan
6. KEDUTAN PADA ALIS SEBELAH KANAN :
Akan bertemu kekasih
7. KEDUTAN PADA KULIT MATA SEBELAH KIRI :
Akan bertemu dengan orang-orang tua yang dikasihi
8. KEDUTAN PADA KULIT MATA SEBELAH KANAN :
Anda akan menangis kerana adanya kejadian yang menyakitkan
9. KEDUTAN PADA CUPING TELINGA KIRI :
Akan mendapat kesusahan atau kejadian yang menyakitkan.
10. KEDUTAN PADA CUPING TELINGA KANAN :
Akan mendapat duit atau keuntungan yang tak di duga
11. KEDUTAN PADA PIPI SEBELAH KANAN :
Akan mendapat pekerjaan yang menyenangkan
12. KEDUTAN PADA PIPI SEBELAH KIRI :
Akan mendapat kesenangan dan pujian daripada masyarakat
13. KEDUTAN PADA SIKU SEBELAH KANAN :
Akan merasakan jatuh cinta
14. KEDUTAN PADA SIKU SEBELAH KIRI :
Akan bertemu saudara jauh
15. KEDUTAN PADA TELAPAK TANGAN SEBELAH KANAN :
Akan mendapat duit yang tak di duga dalam waktu terdekat
*(yang ni sama dengan orang tua-tua dulu kata – “Kalau gatal tapak tangan kanan tu maknanya nak dapat duitlah tak lama lagi. Tapi kalau gatal tapak tangan kiri tu maknanya banyaklah duit nak kena pakai untuk perkara yang tak terduga!” Nak kata percaya tak juga, tapi ‘kawan’ respect pada orang dulu-dulu yang memerhati benda-benda macam ni sebab ‘kawan’ banyak kali menngalami situasi macam ni!. Yang pasti setiap hujung bulan je mesti tapak tangan kanan ‘kawan’ rasa gatal semacam je! He, he!!
16. KEDUTAN PADA TELAPAK TANGAN SEBELAH KIRI :
Akan mendapat keuntungan
17. KEDUTAN PADA KAKI SEBELAH KANAN :
Akan merantau jauh dari tanah air.
18. KEDUTAN PADA KAKI SEBELAH KIRI :
Akan mendapat kesusahan
19. KEDUTAN PADA JARI MANIS :
Akan ada orang yang mengajak bertukar cincin!
Macam mana? Rakan-rakan ada mengalami situasi-situasi di atas? ‘Kawan’ pasti semua orang pernah!
Cuma, janganlah percaya sangat, setakat ambil tahu sudahlah ek!
Oh ya, kalau ada rakan-rakan yang tahu perkara lain berkaitan dengan kedutan ni, boleh postkan ke sini untuk dikongsi bersama!
Pesanan ‘kawan’ : Akan tiba satu hari nanti seluruh badan kita akan berkedut dan kecut. Masa tu makna yang nyata ialah kita sudah TUA benar.
LAGU TUA SEBELUM WAKTUNYA OLEH SHEILA MAJID
1 orang respon entri ni...:
Patutlah aku rasa tapak tangan aku ari ni gatal je! Ropa-ropanya ari ni gaji lah!!!
Catat Ulasan