bahawa dimanapun kita berada, pemimpin dan kepemimpinan pasti ada. Di tempat kerja kita ada majikan, dalam masyarakat kita ada pemimpin rakyat, dalam keluarga kita ada ayah sebagai ketua keluarga dan dalam diri sendiri ada kita, dimana kita adalah pemimpin bagi diri kita sendiri.
Tentu saja kalau 'kawan' membincangkan tentang kepemimpinan sudah tentu tidak dapat diabaikan ialah tentang pengikut atau ada mereka-mereka yang mahu mengikuti si pemimpin. Tentu ada agenda, motif atau tujuan yang hendak dikejar/dicapai, ada urusan kerja yang ingin diselesaikan. Tapi tahukah rakan-rakan bahawa kepemimpinan itu mempunyai tahap-tahapnya yang perlu kita ketahui. Setidak-tidaknya ada 5 tahap dalam kepemimpinan:
TAHAP 5
Tahap ini adalah tahap yang teringgi dalam aspek kepemimpinan. Modal dasar dari tahap 5 ini adalah hormat dan percaya. Maknanya, orang percaya terhadap kepemimpinan kita. Biasanya pemimpin yang mempunyai kepemimpinan tahap 5 ini mempunyai aura dan berkarisma serta memperjuangkan nilai-nilai yang asas. Apa saja permintaan daripada pemimpin dari tahap ini akan diikuti oleh para pengikutnya kerana dia umpama seorang tokoh dan dianggap pemimpn yang ideal. Contoh pemimpi terulung pada tahap ini ialah Rasulullah. Di peringkat negara Malaysia dan mengikut kesesuaian masa dan keperluan ialah Tun Dr Mahathir serta lain-lain pemimpin terkemuka yang memang Allah lahirkan di dunia ini untuk menjadi pemimpin pada era tertentu.
TAHAP 4
Tahap ini adalah tahap ke 2 tertinggi. Biasanya kepemimpinan pada tahap ini kurang berupaya menjadi pemimpin pada tahap 5. Modal dasar dari kepemimpinan ini adalah rasional. Pengikutnya menuruti permintaan pemimpin pada tahap ini kerana merasakan ianya rasional untuk menjadi pengikutnya. Jika segala permintaan dan arahan pemimpin ini dikira masuk akal atau munasabah oleh pengikutnya, maka akan dituruti.Jika dirasakan arahan pemimpin ini tidak munasabah, maka pengikutnya tidak akan menurut kata.
TAHAP 3
Tahap ini terjadi kerana gagal pada tahap 4 dan 5. Modal dasar dari kepemimpinan pada tahap ini adalah ganjaran/imbuhan/hadiah, yang mana para pengikutnya hanya mahu menuruti permintaan dari pemimpinnya selagi ada habuannya jika diarahkan melakukan sesuatu. Jika tiada ganjaran, maka tiada keinginan untuk menjalankan permintaan dari pemimpin pada tahap 3 ini. Jika kurang ganjarannya, maka kerja-kerja yang dilakukan atas arahan juga hanya ala kadar.
TAHAP 2
Tahap ini terjadi akibat gagal pada tahap-tahap sebelumnya. Modal dasar dari kepemimpinan ini adalah hukuman yang membawa maksud, pengikutnya mahu menuruti permintaan dari pemimpinnya kerana bimbang akan hukuman yang bakal diterimanya.
TAHAP 1
Tahap ini terjadi akibat gagal pada semua tahap sebelumnya. Modal dasar dari tahap kepemimpinan ini adalah paksaan kerana kepentingan diri.
Jadi, itulah dia rakan-rakan, agak-agaknya dari tahap 1 hingga 5 di manakah kita sebagai pengikut, atau di manakah kita sebagai pemimpin?
Mudah-mudahan kita menjadi pemimpin yang disenangi dan dipercayai oleh para pengikut kita, bukan menjadi pemimpin yang ditakuti apalagi di benci oleh pengikut kita. Amin
PESANAN PENAJA:
*Bukan mudah menjadi pemimpin! Tanggungjawabnya besar !
PESANAN PENAJA:
*Bukan mudah menjadi pemimpin! Tanggungjawabnya besar !
2 orang respon entri ni...:
Kullukum Ra'in Wa Kullu Ra' in Mas'ulun 'An Ra'iyyatihi"
All of you are guardians (in trust of something or someone) and are accountable for your flock
Ada jugak pemimpin kita yang mempunyai semua tahap kepimpinan tu. Apapun, kita semua ada amanah yang perlu dilaksanakan, maka laksanakannya sebaik mungkin.
TQ Abg Ijal 4 sharing.
tq abg Ijal..Info yang paling terbaik :)
Catat Ulasan