DAPAT AWARD LAGI....

'Kawan' nak beritahu ni.....
itu hari rasa macam dah relaks....banyak waktu senggang dapat update hari-hari. Tup tup dapat artwork job buat company handbook setebal 200 m.s. daripada Kimberly Clark International. So, dah miss banyak hari untuk jenguk blog sendiri.

Memang kerja bertambah tapi tetap seronok sebab ganjarannya lebih 2K! untuk satu buku bersaiz A5, apalagi bila orang dah suka dengan hasil kerja kita, semangat yang ada tu memuncak-memuncak! Apa pun  terima kasih kepada En. Hazril dan En. Rizashah yang rekomen artwork 'kawan' pada Kimberly Clark International. Rezeki tu namanya....Alhamdulillah!

Kerana bakat yang ada ni Allah kurniakan pada 'kawan' kepadaNya juga 'kawan' kembalikan rasa kesyukuran. Petang ni 14-4-2011 'kawan' ada presentation dengan delegasi Kimberly Clark daripada USA dan Korea Selatan berkaitan artwork tu....gementar, risau, seronok, macam-macam rasa ada!

Ni yang tambah seronok bila sesekali update, dapat award lagi!
'Kawan' dapat award lagi daripada pemberi award tegar - Bro Zippo!!! setelah di'tag' oleh beliau!
Terima Kasih kepada Zippo atas Award "One Lovely Blog Award" ni dan penghargaan yang berterusan kepada 'kawan'. 'Kawan' rasa istimewa dan sangat menghargainya!!!
Sebenarnya, cara ni boleh mengeratkan dan mengembangkan lagi silaturrahim di antara blogger-blogger yang lain.
(Award)

'Kawan' terima award tu dan ini dia tindakan 'kawan' :

Link Balik Pada Blogger Yang Beri Award

7 Perkara Mengenai 'Kawan':
1. Lokasi Sekarang - Kluang, Johor (Kluangman)
2. Anak ke-2, Lahir hari ke-2 dalam bulan 2
3. IT Savvy & Fotografer Semi-Professional
4. Suka Fresh Orange & Cheese Cake
5. Suka Memotivasi dan Dimotivasi
6. Suka Membaca Buku
7. Bercita-cita menjadi penulis buku dan percaya akan tercapai!

15 Blogger yang 'kawan' TAG :
Hannah    Gilaweb    Ni Na No Ni    Qish    Cik Jah

Jadi, 'kawan' nak kongsi rasa istimewa ni dengan orang lain supaya orang lain pun turut rasa istimewa. So, ini dia 15 bloggers yang 'kawan' tag (atas sebab-sebab tertentu).
Kenapa 'kawan' pilih kalian untuk di'tag'??
5 yang di baris atas - sebab mereka bloggers baru yang bekerja keras untuk berkongsi maklumat dalam bidang masing-masing - jadi 'kawan' mesti support!!

5 di barisan tengah pulak :
111th follower 'Kawan'- Gilaweb
100th Follower 'Kawan'- Hannah
50th Follower 'Kawan' - Ni NaNo Ni
Lucky Follower 'Kawan' - Qish
Lucky Follower 'Kawan' - Cik Jah

5 baris terakhir - sebab masing-masing ada keunikan sendiri, 'kawan' mesti war-warkan!

So rakan-rakan yang di'tag' harap dapat terima dan mana-mana yang dah pernah dapat, anggaplah ia penghargaan berganda.
Terima kasih juga kerana sudi singgah ambil award ni. Jangan lupa perkara kat bawah ni:

Sila berbuat perkara yang sama ikut langkah-langkah berikut (sama yang macam 'kawan' buat):
1. Copy imej award pada entri baru rakan-rakan (dan dipautkan ke url page ni)
2. Buat link pada pemberi award (dalam kes ni link ke url utama blog 'kawan')
3. Senaraikan 7 perkara berkaitan rakan-rakan
4. Tag pula 15 blogger pilihan rakan-rakan
5. Alasan kenapa tag blog dia orang

Pesanan Penaja :
Terima Kasih kepada kesemua pengikut blog 'kawan' atas apa pun tujuan anda!
Terima Kasih! Arigato! Thank you!

ARIGATO THANK YOU - SLANK
Best Blogger TipsBest Blogger Tips Best Blogger Tips