24 JAM BAHAGI 3 = 8 JAM

'Kawan' nak beritahu ni.....
apa sigknifikannya tajuk entri 'kawan' kali ni. Sebelum tu 'kawan' nak ucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua! Hari ni 1 Mei 2011 merupakan Hari Pekerja. Hari yang mengiktiraf sumbangan pekerja dengan diberi cuti istimewa satu hari.

Hari Pekerja pada 1 Mei ni sebenarnya ada kaitan dengan gerakan menuntut waktu bekerja selama lapan jam sehari. Pergerakan para pekerja ni diasaskan di Barat pada abad ke-19 dulu dengan misinya menuntut jumlah masa bekerja selama 8 jam sehari.

Kenapa? Sebab dia orang dikerah bekerja tak tentu masa, biasanya 12 jam ke atas. Bukan ke kejam tu namanya? sekarang ni kalau kerja lebih masa kita berhak tuntut bayaran lebih masa @ over time / OT, tapi zaman dulu jangan harap! OT ke, tak OT ke, gaji sama je dapat tiap-tiap bulan.

Jadi dia orang bukan nak minta gaji lebih pun, cukup sekadar untuk kurangkan masa bekerja tu kepada 8 jam sehari. Jadi, dapatlah dibahagikan masa dalam sehari tu kepada 3 bahagian :

"8 JAM KERJA, 8 JAM REKREASI, 8 JAM REHAT"

Pergerakan yang bermula di Australia tu berjaya dan merebak ke Amerika Syarikat dengan kejayaan dicapai pada 1 Mei 1886, iaitu waktu bekerja selama lapan jam sehari telah dikuatkuasakan.
Tarikh tu menjadi asas kepada Hari Pekerja Sedunia termasuklah negara kita Malaysia.

Pesanan Penaja:
Kepada semua rakan-rakan yang ada pekerjaan, bersyukurlah kerana di luar sana masih ramai lagi yang tak bernasib baik seperti kita.

Jadi, bekerjalah dengan penuh komitmen dan ikhlas serta tidak tuang kerja. 
Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan daripada setiap sen gaji yang kita perolehi setiap bulan, InsyaAllah!


SENARIO - KERJA

0 orang respon entri ni...:

Best Blogger TipsBest Blogger Tips Best Blogger Tips