‘Kawan’ nak beritahu ni…..
baru-baru ni kan heboh pasal bahaya penggunaan botol susu ‘baby’ yang diperbuat daripada bahan ‘Polikarbonat Bisphenol A’ tu. Kesian ‘baby-baby’ yang menyusu botol. Memang penggunaan botol tu berbahaya untuk kesihatan (ironimya, belum ada pengesahan daripada pakar perubatan dan kimia!!!). Mengikut dakwaan, bukan saja kepada ‘baby-baby’ yang menyusu menggunakan botol jenis tu tapi kepada orang dewasa yang menggunakannya juga. Ada ke orang dewasa yang gunakan? Ada kut kalau rajin sangat nak kaji benda tu he, he, he!!!
Kerajaan Malaysia dah pun mengharamkan penggunaan botol susu polikarbonat Bisphenol A berkuatkuasa mulai 1 Mac tahun 2012.
>Sebagaimana yang didakwa, bahan kimia yang dibebaskan oleh botol plastik air mineral pun sebenarnya lagilah berbahaya sebab kesan yang sama, boleh menyebabkan kanser. Bukan sebab airnya yang berbahaya tapi kesan pembebasan bahan kimia dalam plastik tu yang amat-amatlah bahaya. Kita rakyat-rakyat marhaen ni manalah tahu sangat perkara-perkara macam ni semua kan ! lagilah jenis yang malas nak ambil tahu. Jadi, ’kawan’ harap entri ni dapatlah memberi ilmu yang sedikit kiranya kepada semua rakan-rakan. Apa-apa pun ambillah langkah pencegahan.
Macam mana nak elak kesan-kesan yang tak terduga semua tu?
1. Cuba rakan-rakan periksa pada bahagian paling bawah botol air mineral tu tak kiralah belah mana. Cari je,. ’comfirm’ jumpa!. Sepatutnya ada logo tiga segi macam logo ’recycle’ tukan. Ok, dalam dia mesti ada nombor. Lepas tu tengok nombor apa. Kalau nombornya 5 atau ke atas, maka botol ni selamat dan lama boleh digunakan.
2. Nombor di bawah 5 ( 1,2,3,4,) tu lah yang mudah membebaskan bahan kimia berbahaya. ”Kawan’ dah lama perhatikan, kebanyakan nombor botol-botol mineral kat Malaysia ni ialah = 1. Jadi, PERINGATAN jangan gunakan botol-botol yang nombornya 5 ke bawah berulang-ulang kali. Sekali pakai je, ”Pakai Buang”!
3. ’Kawan’ dapt tahu benda ni dah lama juga. Dalam blog ’kawan’ yang lama pun ’kawan’ dah banyak kali pesan-pesankan. Bagi rakan-rakan yang baru tahu, ambillah langkah pencegahan!
4. Satu perkara lagi, rakan-rakan tahu tak kenapa ada botol air mineral yang tudungnya (penutup) ada warna putih, hijau dan biru? Senang je, yang tudung warna putih tu airnya air ”Reverse Osmosis” . Warna hijau dan biru pulak barulah betul-betul air mineral.
Mudah-mudah rakan-rakan dapat manfaat daripada entri ‘kawan’ kali ni!
Pesanan: Jangan buang botol air mineral merata-rata!!!
LAGU BABY CUTE NYANYI
0 orang respon entri ni...:
Catat Ulasan