Ini bukanlah blog 'kawan' yang pertama dan 'kawan' bukanlah kali pertama ber'blog'.
Ini blog 'kawan' yang ketiga!!!. Blog 'kawan' yang pertama "Rasa-rasanye...." (2004 - 2007) dan yang kedua "Blog sir Rizal" (2007 - awal 2009).
Tak tahu kenapa, apa dan siapa yang menyebabkan 2 blog 'kawan' yang lepas menjadi sasaran hackers. Pelik juga! Akhirnya 'kawan' contact blogspot admin mohon tutup terus akaun. Lepas tu malas dah. MERAJUK!!!
Tapi 'kawan' jenis yang tak keruan kalau tak menulis (akhbar atau majalah) ataupun menaip apa-apa saja yang 'kawan' rasa nak kongsi dengan ramai orang. Sebab 'kawan' rasa berkongsi ilmu, maklumat dan pengalaman tak merugikan diri sendiri. Sebaliknya, lebih banyak ilmu yang kita sampaikan, ianya tak terkurang langsung, malah bertambah banyak!! 'Sharing is Caring'!!!
Samalah dengan harta, wang ringgit dan kekayaan yang kita ada.
Janganlah kedekut sangat nak belanja kawan sekadar RM10 atau bagi makan/bawa makanan ke tempat kerja supaya rakan-rakan sekerja dapat makan sama hasil gaji kita. Jangan risau, rezeki pasti melimpah-ruah.
Rezeki tu pun bukanlah hanya boleh dikategorikan sebagai duit je. Istilah "rezeki" tu pelbagai! Insya Allah apa yang kita beri pada orang lain tu akan dapat semula kepada kita berlebih-lebihan lagi. Tak dapat pada kita, Insya Allah dapat ke mak bapak kita ke, isteri kita ke, anak-anak kita ke, adik beradik kita ke.
Contact pun dah terlalu ramai dan rakan-rakan ni lah yang selalu bagi sokongan dan asyik
tertanya-tanya kenapa 'kawan' sunyi sepi je.Asyik bertanya "Mana blog?" "Apa dah jadi dengan blog?".
Jadi, merajuk 'kawan' tu sekejap je rupanya. Nilah punca yang 'kawan' kembali berblog. Itulah rezeki namanya, bila rakan-rakan tetap ingat pada kita!!!
0 orang respon entri ni...:
Catat Ulasan